in

Puma Bakal Tamatkan Kontrak Dengan Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Israel Pada 2024

cats 38

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ni, dah masuk lebih dua bulan penduduk Palestin di Semenanjung Gaza dibedil, diseksa dan dibom oleh tentera rejim Zionis. Sehingga kini, masih tak ada sinar harapan untuk dorang walaupun satu dunia dah mendesak para pemimpin untuk buat gencatan senjata secara penuh dan kekal.

Susulan itu, banyak jenama popular seluruh dunia telah diboikot habis-habisan oleh orang ramai kerana menyokong perbuatan Israel terhadap Palestin. Tak kurang juga jenama Puma yang kena tempiasnya kerana menaja pasukan Bola Sepak Kebangsaan Israel (IFA).


m 17 boston

Artikel berkaitan: “Rekaan kasut sukan Dassler Brothers” – Kisah Persengketaan Dua Beradik Sehingga Wujudnya Adidas & Puma

Artikel berkaitan: “Muka je innocent tapi perangai…” – [Video] Pasangan ‘Suami Isteri’ Sama-sama Curi Kasut Dalam Butik

Namun, baru-baru ni, Puma telah mengumumkan bahawa tajaan kepada beberapa persekutuan bola sepak termasuk Israel dan Serbia akan ditamatkan pada tahun 2024. Malah, Puma juga tak akan memperbaharui kontrak dorang dengan pasukan terbabit.

000 9PK9EE

Akan tetapi, jurucakap syarikat tersebut menyatakan yang keputusan tu dah dibuat lama dulu sebelum serangan yang berlaku pada 7 Oktober tahun ni. Katanya lagi, keputusan tu langsung tak ada kaitan dengan konflik Palestin dan Israel masa kini.

Tambahnya, keputusan tu juga merupakan sebahagian daripada strategi yang selaras dengan timeline jenama tu untuk membuat jersi pasukan.

“Keputusan itu diambil pada 2022 sebagai sebahagian daripada ‘strategi kecil yang lebih baik’ baharu Puma dan selaras dengan garis masa biasa untuk mereka bentuk dan membangunkan jersi pasukan.”

Selain tu, Puma juga berkata yang aktiviti boikot terhadap jenama tu dah bermula sebelum 7 Oktober lagi apabila Pergerakan Boikot, Pelupusan dan Sekatan menggesa orang ramai untuk tidak menyokong Puma disebabkan tajaannya kepada pasukan bola Israel.

Namun begitu, panggilan boikot jadi lebih kuat disebabkan serangan Israel yang tidak berperikemanusiaan di Semenanjung Gaza.

Untuk rekod, Puma menandatangani kontrak bersama IFA untuk menyediakan kit pemain pada 2018. Sejak itu, dorang dah hadapi gesaan boikot daripada para aktivis yang menyokong Palestin.

Sumber: Reuters, Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.