in

“Pukul, rogol, dijerut sampai mati” – Pembunuh Suzaily Mukhtar Sempat Senyum Masa Dijatuhkan Hukuman Gantung

Suzaily

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sangka hari yang sepatutnya menjadi sinar baru kepada satu-satunya puteri dalam keluarga ini untuk memulakan hidup baru di alam pekerjaan berubah menjadi tragis.

Riwayat gadis yang bernama Suzaily Mukhtar berakhir dengan insiden ngeri dimana dia menjadi mangsa kekejaman seorang pemandu bas yang tak berhati perut ni.


Suzaily Mukhtar

Ecktmfouyaudlyn

Kisah ini pernah menggemparkan negara pada sekitar tahun 2000. Pada tarikh 7 Oktober tahun itu sepatutnya hari bermakna buat Suzaily, ia merupakan hari pertama Suzaily mendaftarkan diri di tempat kerja baru.

Suzaily yang merupakan graduan Kejuruteraan Komputer dari United Kingdom itu hendak melapor diri di Pantai Medical Centre Klang dan hari itu adalah hari pertama bekerjanya.

Suzaily keluar ke tempat kerja dengan menaiki bas ke Klang. Ketika itu jam 7.30 pagi. Suzaily menaiki bas Permata Kiara, dengan no plat WDE 4256.

Sepanjang perjalanan tersebut, bas menurunkan penumpang pada setiap perhentian dan akhirnya tinggallah Suzaily sorang-sorang yang tinggal bersama dengan pemandu bas. Dan Suzaily mula diancam.

 

Kronologi rogol, bunuh dan jerut

Pemandu bas, Hanafi Mat Hassan melencongkan perjalanan bas ke haluan lain. Suzaily panik dan cuba melepaskan diri melalui pintu kecemasan tapi sia-sia kerana pintu kecemasan telah pun dikunci lebih awal.

Suzaily kemudiannya cuba menarik perhatian luar dengan mengetuk cermin tingkap bas berulang kali namun tindakan cemasnya gagal oleh kerana tinted pada tingkap bas tebal dan gelap yang membataskan penglihatan orang luar ke dalam bas.

Menurut perkongsian Naufal Antezem saksi, seorang pelajar sekolah sempat melihat mangsa dalam bas dalam keadaan tidak terurus seperti dipukul dan cuba mengekori bas namun gagal kerana hanya menunggang basikal ketika itu.

Tiada siapa yang tahu nasib Suzaily dalam bas ketika itu sehinggalah mayatnya ditemui ditinggalkan di sebuah kawasan perumahan yg masih dalam pembinaan.

Mayat Suzaily ditemui bersama pakaian berupa baju berlengan panjang dan skirt labuh. Mangsa ditemui 3 hari selepas kejadian.

Dengan penemuan mayat mangsa, siasatan dan bedah siasat yang dijalankan mendapati bahawa mangsa telahpun dipukul, dirogol sebelum dijerut hingga mati dengan kain dalam bas tersebut sebelum mayatnya dibuang di taman perumahan tempat mayatnya dijumpai.

 

Suspek cuba putar belit cerita

Hanafi ditahan di stesen bas dan pada awalnya menafikan tuduhan dan tidak tahu keberadaan mangsa ketika hari kejadian.

Ketika dalam tahanan Hanafi cuba putar belit cerita, kononnya Suzaily bukan penumpang terakhir dan cuba mengatakan bas tersebut diberikan pinjam kepada kawannya.

Dia juga mengatakan mangsa keluar secara kelam kabut dari bas. Dia juga mengatakan bahawa Suzaily bukan berseorangan dan ditemani kawannya.

Hanafi juga ada menjelaskan tiada kejaidan pukul, rogol dan bunuh dalam bas tu.

Namun begitu pihak pendakwaan mengemukakan 16 pembuktian ikut keadaan (circumstantial evidence) yang sangat kuat dan kukuh serta sukar diragukan.

 

Bukti suspek

Antara 16 pembuktian termasuk kesan air mani dalam rahim mangsa & lantai bas, loket mangsa yang disimpan tertuduh dirumahnya serta no siri tiket bas yang sepadan.

Pembuktian ini yang paling kukuh dan Hanafi tidak dapat dinafikan. Dakwaan yang mengatakan Suzaily keluar dengan gopoh dan ada kawan menyaksikan kejadian itu gagal dibuktikan.

Bukti seterusnya, tiket bas yang ditemui dalam beg tangan hitam mangsa jenama Guess yang ditinggalkan di tepi jalan oleh tertuduh.

Beg tangan tersebut dibuang di sekitar Lebuh Raya Keluli. Isi kandungan beg adalah tiket bas, slip bank mangsa yang tertulis no tel rumahnya.

Tulisan no tel yang ditulis tangan oleh mangsa dikenalpasti oleh tunang mangsa. Bukti paling penting adalah tiket bas tersebut.

Syarikat bas itu guna sistem bernombor bagi setiap tiket bas yang dikeluarkan dan juga setiap satunya direkodkan dengan teliti.

Tertuduh diberi kunci bas & juga kod 4 angka bagi dimasukkan dalam mesin tiket. Kod tersebut adalah 6095, kepunyaan tertuduh sahaja kod itu.

No siri tiket Suzaily adalah 010956 dan disahkan oleh ketua tiket syarikat bas yang tiket tersebut datang dari mesin dengan no kod pemandu 6095.

Bukti seterusnya kesaksian seorang pelajar sekolah yang melihat sendiri mangsa dalam keadaan tidak terurus mengetuk tingkap cermin bas dan panik.

Saksi hanya berbasikal & sempat mengekori separuh jalan sebelum bas menghala ke kawasan yang tidak diketahui. Namun dapat lihat mangsa menangis.

 

Kajian siasatan

Mangsa dipercayai telahpun dicabul ketika itu kerana saksi lihat mangsa tidak berpakaian juga rambut kusut masai serta menangis minta tolong.

Pembuktian seterusnya pula adalah kehadiran bas tertuduh di projek perumahan yang sedang dibina. Beberapa pekerja jadi saksi di situ.

Menurut saksi lain (2 org penunggang motosikal), Hanafi melondehkan, seluar dan berjalan menuju ke arah mangsa. Namun, tertuduh nampak saksi tersebut & terus kembali ke tempatnya dan memandu ke kawasan yang tidak diketahui.

Mereka cuba mengejar namun gagal kerana bas dipandu laju

PUSPAKOM juga telah sahkan emergency exit dikunci dan semua pintu dikawal oleh suis pemandu.

Sekitar jam 9, bas tersebut singgah di kawasan perumahan dan seperti diberitahu saksi, berhenti selama 30 minit. Mereka syak sesuatu.

Saksi beritahu pemandu kemudiannya membuang pakaian keluar melalui pintu penumpang bas. Kemudian tertuduh keluar dari bas.

Mereka dekati bas. Pemandu bas hanya katakan mahu rehat sebentar disitu sebelum meneruskan semula perjalanan. Jam 3 petang, supervisor jumpa mayat mangsa

Turut ditemui telefon motorola star tac. Tunang mangsa sahkan telefon itu kepunyaan mangsa yang dia dibelikan ketika di UK, sekaligus menguatkan pembabitan suspek.

Pada malamnya, polis geledah rumah suspek dan jumpa loket kepunyaan mangsa disorokkan dalam botol bedak talkum belakg pintu bilik tidur suspek.

 

Ditangkap dan digantung sampai mati

Eck4F8Huiausq5O

Ketika serbuan, isteri suspek (isteri ke-4) baru saja 2 minggu melahirkan anak. Suspek terus diminta beritahu lebih maklumat.

Hakim jatuhkan hukuman gantung sampai mati atas kesalahan membunuh. Keadilan buat Suzaily telah ditegakkan dengan tertuduh menjalani hukuman gantung sampai mati.

Bagaimanapun, keluarga mangsa menyatakan rasa kesal kerana Hanafi langsung tidak menunjukkan rasa kesal dan sempat tersenyum ketika hukuman dibacakan.

 

Baca : “Last-last tak dapat jugak” – Bengang Cinta Kena Reject, Lelaki Rogol Crush Sehari Sebelum Wanita Itu Dilamar

Crush

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.