Shuib dan Watie baru sahaja mengikat tali pernikahan pada 23 Jun lalu, Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah bukan sahaja menjadi isteri kepada Shuib tetapi juga menjadi ibu baru kepada empat orang anak Shuib.
Terbaru menerusi Instagram miliknya, Watie berkongsi suaminya itu pernah berhadapan dengan titik terendah dalam hidupnya sebelum mereka mendirikan rumah tangga.
View this post on Instagram
Dalam posting itu, Watie memuat naik gambar ketika mereka balik ke kampung Shuib dengan kapsyen yang menceritakan momen ketika mereka dalam fasa pengenalan.
“Masa ni first time dia bawak balik kg dia, masih malu-malu meow bila orang nak amikkan gambar.
Nampak aje dia senyum gitu padahalnya kadang 3 pagi call kita menangis teresak-esak sampai keluar hingus, katanya rasa macam dah taknak hidup lagi, tapi sebab anak-anak dia kena tunjuk kuat,” tulisnya.
Watie turut berkongsi pelawak serta penyampai radio itu sebenarnya sering berada dalam kesedihan dan selalu menyembunyikan kesedihannya.
Selain itu, Watie yang juga seorang usahawan itu berkongsi hanya dia sahaja yang tahu kondisi sebenar suaminya itu.
Dia turut memberitahu dia bersyukur hubungan mereka di tahap ini sekarang, dia turut berharap agar Shuib sentiasa tersenyum dan bahagia disampingnya.
Semoga pasangan ini berbahagia hingga ke Jannah!