Sebuah kenderaan milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditemui dalam keadaan rentung berhampiran stesen bas dekat stesen MRT Mutiara Damansara, dipercayai angkara perbuatan khianat.
Menurut sumber, juga kelihatan contengan tulisan di dinding hentian bas seolah-olah pelaku berdendam dengan pihak berkenaan.
Pada masa yang sama, turut dikesan sebuah video di laman sosial TikTok, memaparkan seorang lelaki mendakwa dirinya sudah membakar sebuah kenderaan polis di situ.
Artikel berkaitan: Viral Kes Mazda Dibakar Di Jitra, Pemilik Video Syak Pelaku Datang Esoknya Nak Bakar Mercedes Pula
Artikel berkaitan: “Orang tegur dia marah balik” – [VIDEO] Lelaki Gunting Bendera Kini ‘Diburu’ Polis
Lelaki yang memakai helmet itu memuat naik rakaman video berdurasi lima saat yang memaparkan dia berdiri berlatarbelakangkan kenderaan polis bantuan yang sedang terbakar.
Dia turut membuat hantaran berpuas hati dapat membakar kereta polis dengan tanda pagar #polistakdekeje menerusi ruangan kapsyen video.
Suspek sudah ditangkap
Dalam perkembangan terkini, polis mengesahkan sudah menahan suspek yang berusia 26 tahun itu di rumahnya, tengah hari tadi.
“Susulan laporan itu, polis menahan lelaki berusia 26 tahun yang dipercayai terbabit dalam kes berkenaan di rumahnya di Flora Damansara, di sini, kira-kira jam 12 tengah hari tadi.
“Suspek disyaki menggunakan petrol yang dibaling ke arah kenderaan itu sebelum terbakar,” kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abdul Hamid.
Sebuah kereta peronda polis bantuan rentung tersadai di tepi jalan berhampiran stesen bas dekat stesen MRT Mutiara Damansara.@BuletinTV3 sedang mendapatkan maklumat kejadian daripada pihak bomba, PDRM dan Prasarana.
Sumber video orang awam pic.twitter.com/b476Ac7AFS
— Juliana Sharin (@julianaNewsMPB) February 15, 2024
Polis memaklumkan, motif suspek bertindak sedemikian dipercayai kerana tidak berpuas hati terhadap kerajaan dan polis.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat.
Sumber: Harian Metro, X