in

PU Syed Ulas Kes Siti Jamumall, Mungkin Tak Boleh Rujuk Lagi Sebab…

ft Pu syed siti jamumall

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berikutan dengan lafaz cerai yang dilakukan secara live terhadap pempengaruh Siti Jamumall malam tadi, pendakwah bebas, Syed Mohd Bakri diminta untuk tampil mengulas mengenai isu tersebut.

Jelasnya, dalam situasi pasangan itu, ia perlu dirujuk ke mahkamah syariah sebagai pemegang kata putus dan pihak yang mempunyai kuasa tentang urusan kekeluargaan undang-undang keluarga Islam.


Artikel berkaitan : Siti Jamumall Diceraikan Lagi! Suami Lafaz Talak Dua Ketika Live Di TikTok

Artikel berkaitan : “Siti belum sedia nak jawab”- Siti Jamumall Murung & Anxiety Lepas Diceraikan

3B6838A2 7F5A 4D3A BE5C 33DF1D8100B4

Seperti yang kita sedia maklum, ketika sesi live tersebut, suami kepada Siti Jamumall mengulangi lafaz cerai talak 2 sebanyak 3 kali. Jadi, PU Syed menyatakan bahawa tindakan itu telah mencukupkan kepada 3 kali maksimum.

“Difahamkan mereka telah bercerai sebelum ini dan kali ini lafaz kedua talak diberikan. Ia telah mencukupkan kepada 3 kali maksimum, maka talak ini disebut Talak Bain Kubro yang mana jika disabitkan sahnya cerai yang dilafazkan itu, mereka tidak boleh lagi rujuk sehinggalah isterinya itu bernikah dengan suami yang lain.”

Screenshot 2025 05 15 163456

Menurut sumber, mengikut jumhur ulama (termasuk Syafi’iyah), lafaz talak yang diucapkan secara jelas seperti ‘aku ceraikan kau’ dalam semua keadaan termasuklah ketika sedar, lafaz itu dianggap sah kerana akal masih waras dan suami sedar apa yang diucapkan.

Kata PU Syed, hukum lafaz cerai yang dilakukan ketika isteri sedang hamil adalah harus, di mana ianya tidak haram dan tidak juga makhruh.

“Suka diingatkan, seseorang isteri yang mengandung akan menghadapi keletihan dan tekanan perasaan memikirkan tentang perasaan untuk memikirkan tentang kesempurnaan bayi dalam kandungannya.”

“Apabila berlaku perceraian, ia akan menambahkan lagi penderitaan dan kesusahan yang terpaksa ditanggung, sekali gus menjejaskan kesempurnaan bayi dan mengganggu kesihatan ibu.”

“Seorang suami yang baik pastinya akan mengambil kira aspek dan melakukan semua ikhtiar sebelum melafazkan cerai terhadap isteri.”

Dalam pada itu, beliau telah menitipkan nasihat agar perkara yang serius seperti cerai dan rujuk tidak sewajarnya dijadikan kandungan untuk tarik perhatian netizen.

1732111

“3 perkara yang seriusnya dianggap bersungguh-sungguh dan gurauannya dianggap bersungguh-sungguh, iaitu, nikah, cerai, rujuk semula (selepas talak). (Riwayat Imam Abu Daud).

“Hadis di atas jelas menunjukkan larangan untuk bermain-main dalam tiga perkara tersebut.”

Sebelum ini, media telah melaporkan bahawa Siti Jamumall pernah bercerai dan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 6 Mei lalu sebelum rujuk dalam tempoh kurang 24 jam selepas pengesahan lafaz cerai dibuat.

Sumber : mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.