in

PU Riz Titip Ucapan Menyentuh Hati Buat Abang Yang Baru Berkahwin Dengan Aisyah Aziz

ft Abang PU Riz Kahwin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyanyi Aisyah Aziz kini sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Dr Mohd Fakhrudin Amir Mohd Ismail. Menurut laporan Sinar Plus, majlis pernikahan mereka berlangsung pada 11 April lepas di Singapura.

Malah, majlis tersebut dilakukan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat serta kawan rapat kedua-dua belah pihak.


Artikel berkaitan : Neelofa Dilantik Jadi Duta Jenama Antarabangsa, PU Riz Anggap Sebab Berkat Taat Pada Suami

Artikel berkaitan : Tawar Pakej Umrah VVIP Bersama Neelofa & PU Riz, Netizen Terkejut Harga Cecah RM35,000 Seorang

Dengan khabar berita gembira tersebut, adik kepada Dr Fakhrudin iaitu pendakwa terkenal, Haris Ismail atau lebih mesra dengan panggilan PU Riz ada membuat ucapan ringkas yang telah menyentuh hati menerusi Instagram miliknya.

Sebagai seorang adik, dia mendoakan kebahagiaan buat abangnya itu dan membuatkan dirinya mengimbau saat mereka dari kecil serta mendedahkan bahawa dia sangat mengagumi abangnya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

“Dari kecil adik sebenarnya mengagumi Abang Amir dalam diam. Dari pencapaian akademik sehinggalah contoh mahmudah yang telah ditampilkan, abang Amir orang yang hebat. Apatah lagi sekarang sudahpun dikurniakan seorang isteri yang Ma Sha Allah juga sopan santun budi pekertinya. Alhamdulillah.”

Malah, PU Riz turut mengimbau ucapan yang diberikan kepada abangnya saat dipeluk ketika masih kecil dan menggunakan ayat tersebut semula kepada anak-anaknya.

Sumber : Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.