in

PU Riz Terkilan Sikap Segelintir Penyokong Kurang Adab Ketika Menonton Perlawanan MU Lawan ASEAN All-Stars

ft pu riz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui bahawa Manchester United (MU) tewas kepada ASEAN All-Stars malam tadi, pastinya ia mengundang pelbagai reaksi penyokong.

Bagaimanpun, dalam keterujaan mereka, ada yang sampai melampaui batas dan ia membuatkan pendakwah bebas PU Riz, yang turut hadir menyaksikan perlawanan malam tadi rasa terpanggil untuk memberikan teguran.


Artikel berkaitan : PU Riz Titip Ucapan Menyentuh Hati Buat Abang Yang Baru Berkahwin Dengan Aisyah Aziz

Artikel berkaitan : Suasana Meriah Bertukar Kecoh, Bintang Manchester United Tunjuk Jari Tengah Kepada Penyokong Selepas Kalah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

Menerusi Instagram miliknya, PU Riz yang selaku penyokong MU menerima kekalahan tersebut dengan hati terbuka kerana ia adalah resam dalam sesebuah perlawanan.

Menurutnya lagi, meskipun ia sesuatu yang agak mengecewakan kepada mereka yang menonton English Premier League (EPL), PU Riz menyatakan yang dia tidak suka dengan provokasi yang berlaku di stadium semalam. Biarpun ia dianggap sebagai satu gurauan tetapi ia tidak molek dipandang.

Dalam perkongsiannya, PU Riz menunjukkan ada penonton yang duduk di bahagian penonton MU menayangkan mafla yang tertulis pasukan kelab Liverpool.

“Walau saya tidak terlalu terasa dengan kelakuan tersebut, tetapi adab mendahului segala hal aspirasi agama. Nabi diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.”

Menurutnya, ada yang sampai hampir bergaduh semalam dengan mengeluarkan kata-kata kesat. Ia satu perkara yang tidak boleh dipandang remeh kerana ada yang di kalangan penonton yang membawa anak-anak kecil.

“Saya pula datang dengan ibu, sedikit sedih tapi cuba alihkan perhatian.”

PU Riz turut membandingkan detik ketika dia berada di Stadium Wembley pada tahun 2024, di mana ada penyokong Manchester City yang terduduk di bahagian kawasan penyokong MU. Biarpun kalah dan ada provokasi, keadaan masih terkawal di sana.

Hurm, ada betul apa PU Riz cakap tu, harap dapat jadi pengajaran untuk kawal perasaan dalam sesebuah perlawanan nanti.

Sumber : Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.