Kemelut perhubungan cinta antara pengacara dan usahawan, Neelofa dan Pencetus Ummah, PU Riz masih tiada noktahnya.
Di sana sini pelbagai berita palsu dan spekulasi yang menjadi buah mulut netizen, namun pasangan terbabit sehingga kini masih belum menjelaskan status sebenar hubungan mereka.
Walau bagaimanapun, hari ini netizen agak terkejut apabila mendapat tahu PU Riz masih like posting terbaru daripada Neelofa di Instagram.
https://www.instagram.com/p/CJVr4gvHpBH/
Waaa si dia masih like post Lofa, semoga jodoh sehingga ke Jannah, Neelofa”
Komen tersebut kemudian disokong oleh netizen lain yang mengatakan PU Riz memang masih dan selalu memberi tanda suka kepada semua foto terbaru usahawan tersebut. Masih ada jodohkah?
Cincin sudah tiada di jari?
Menurut Astro Gempak, di dalam foto itu juga tidak kelihatan cincin di jari manis Neelofa seperti kebiasaannya.
Apa-apapun ramai di kalangan netizen masih mendoakan yang terbaik buat Neelofa dan kagum dengan ketabahannya yang masih boleh bekerja meskipun sedang melalui detik pahit dalam hidup.
Kalau ada jodoh, pasti juga akan bersatu juga pasangan ni. So peminat-peminat Lofa kenalah doakan ye.