Medium berdakwah dulu dan kini sangat berbeza dengan adanya media sosial serta rancangan realiti yang berjaya menarik lebih ramai golongan anak muda mempelajari serta mendalami ilmu agama.
![Pencetus Ummah 1](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2018/07/Pencetus-Ummah-1.jpg)
Inisiatif ini rata-rata dilihat sebagai usaha yang baik namun terdapat seorang pengguna Twitter yang tidak bersetuju dengan rancangan seperti itu kerana menurutnya ia hanya melahirkan golongan pendakwah dan rujukan agama yang dikatakan sebagai tidak berkualiti.
![h1](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2018/07/h1.png)
Katanya, rancangan realiti ini ibarat menghina institusi keilmuan agama Islam kerana apabila peserta rancangan-rancangan berkenaan menang dengan undi yang diberikan, mereka terus menjadi sumber rujukan agama.
Bukan itu je, individu ini turut kutuk dan mengatakan peserta PU dan Da’i bukanlah golongan yang zuhud dan berasa pelik bila masyarakat mengagungkan mereka.
![t2 2](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2018/07/t2-2.png)
Kritikan individu ini rata-ratanya mendapat kecaman daripada orang ramai yang terbaca tweetnya. PU Rahmat juga tampil untuk menjelaskan beberapa isu yang dilihat sebagai jauh daripada fakta. Antara penjelasannya, dia mengatakan mereka tidak pernah menjadi rujukan kerana mereka sendiri merujuk kepada para Ulama.
![t3 2](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2018/07/t3-2.png)
Orang lain pun tak bersetuju dengan pendapat individu ini dengan mengatakan rancangan realiti dakwah seperti PU dan Da’i merupakan satu platform yang baik untuk lahirkan para ilmuan serta menjelaskan bahawa para peserta program tersebut dilatih oleh pendakwah dan ulama terkenal.
![cats 8](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2018/07/cats-8.jpg)
Mungkin kurang pengetahuan mengenai rancangan dakwah tersebut, individu terbabit tak sepatutnya suka-suka hentam begitu sekali mengenai peserta-peserta rancangan itu tanpa memeriksa dulu fakta.
Dorang bukan berdakwah tanpa rujukan…
Baca: “Selagi tak delete, merangkaklah kau di akhirat nanti”