in

PU Azman Dijatuhkan Hukuman Penjara 7 Tahun & 2 Sebatan

Ft Pu Azman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pendakwah selebriti PU Azman atau nama sebenarnya Azman Syah, 43 dijatuhi hukuman penjara 7 tahun dan 2 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas empat pertuduhan pindaan melakukan amang seksual fizikal terhadap 2 orang remaja lelaki bawah umur pada 2 tahun lalu.

Hakim, Datuk Surita Budin turut memerintahkan PU Azman, menjalani kaunseling pemulihan selama dua tahun dan pengawasan polis selama dua tahun selepas tamat hukuman.


Artikel berkaitan : PU Azman Mengaku Bersalah, Hukuman Penjara Ditambah 14 Bulan Lagi

Artikel berkaitan : PU Azman Dipenjara 24 Tahun & 2 Sebatan Atas Kesalahan Amang Sek*ual

Menerusi laporan Harian Metro, mahkamah menjatuhkan tersebut selepas Azman Syah mengaku bersalah atas pertuduhan pindaan yang dibacakan dalam prosiding sebutan semula kes.

Sebelum ini, Surita memaklumkan bahawa dia membuat keputusan tersebut dengan mengambil kira pelbagai faktor termasuklah kepentingan awam yang melebihi faktor kepentingan tertuduh sendiri.

Dalam pada itu, peguam Pu Azman iaitu Mohamad Zahid Ahmad dalam rayuannya berkata, pengakuan anak guamnya itu telah menjimatkan masa semua pihak dan tidak perlu lagi menyambung perbicaraan.

Screenshot 2024 12 17 173831

Katanya, tertuduh yang berstatus duda itu telah memohon maaf atas kesalahan dilakukan serta mengaku sudah insaf selain tiada kesalahan lain dan tidak pernah disabitkan dengan apa-apa kesalahan di mahkamah sebelum ini.

“Tertuduh mohon hukuman pemenjaraan yang paling minimum dari tarikh beliau dijamin iaitu 9 Oktober lalu.”

“Beliau telah dipenjara dari 27 September lalu dan sehingga kini masih menjalani hukuman penjara bagi pertuduhan di Mahkamah Klang.”

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Rasyidah Murni Adzmi berkata, pengakuan salah tertuduh bukanlah satu faktor peringanan yang harus diberi kepada tertuduh.

Beliau juga memohon agar mahkamah mengenakan hukuman berbentuk pengajaran bukan sahaja harus diberikan kepada tertuduh malah kepada masyarakat secara amnya.

Untuk rekod, PU Azman dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dan 3 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Klang, Selangor selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun, 2 tahun lalu.

Sumber : Harian Metro

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.