in

PU Abu Beri Teguran ‘Sinis’ Buat Pihak Sanjung Individu Nyata Hadis Palsu, Tapi Boikot Yang Ada Isu Peribadi

Ft Pu Abu Bagi Kenyataa Sinis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pendakwah bebas, Muhammad Abu Sufyan bin Mohd Mokhtar Rozaid atau lebih mesra dengan panggilan PU Abu baru-baru ini ada menulis kenyataan sinis di IG story berkenaan individu yang ‘berlatar belakangkan agama’.

Menerusi posting tersebut, PU Abu menjelaskan bahawa seseorang yang suka menyatakan hadis palsu dan menyampaikan kisah-kisah karut, menyanyi di khalayak ramai dan sebagainya disanjung tinggi dan dipertahankan sesetengah pihak.


Artikel berkaitan : “Saya mohon maaf” – Didakwa Benarkan Puasa Hari Tasyrik, Ustaz Don Beri Penjelasan

Artikel berkaitan :  “Kerap merepek dan baca hadis palsu” – Pensyarah Dakwa Ustaz Selebriti Suka ‘Melalut’ Ketika Berdakwah?

Namun sebaliknya, mana-mana indivdu yang berlatar belakangkan agama yang terpalit dengan ‘isu peribadi’ akan diboikot sampai bila-bila, bahkan digelarkan ustaz kontroversi.

Oleh itu, PU Abu menasihatkan orang ramai agar berhenti mempertahankan kebatilan jika umat Islam menyayangi Allah SWT dan Rasulullah SAW.

“Rasulullah itu diutus untuk menegakkan kebenaran tetapi hari ini kita pertahankan kebatilan. Bertaqwalah kepada Allah. Moga Allah ampunkan kita semua.”

Img 7500 1

Bagaimanapun, kenyataan itu masih belum dikenalpasti ia ditujukan kepada sesiapa dan dia juga tidak menyebut mana-mana pihak di dalam posting berkenaan.

Mungkin hanya sekadar peringatan buat kita semua. 

Sumber: Instagram 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.