Personaliti media sosial, Adira Salahudi telah berkongsikan rasa kecewanya di laman Instagram berkaitan isu pembantu rumahnya yang buat kecoh tiba-tiba hilang.
Menurut postingnya itu, Adira berkata dia sedang berada di luar membawa ibu mertuanya jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur sempena hari lahirnya. Lalu, semasa masih berada di luar, Adira mendapat panggilan daripada abangnya sekitar jam 6 pagi, memberitahu bahawa pembantu rumahnya sudah lari ikut pintu belakang rumahnya.
Menurut abangnya, pembantu rumah mereka dipercayai telah lari dari rumah sekitar jam 5 pagi selepas memberitahu abangnya yang dia ingin ke belakang untuk basuh baju.
Jelas Adira, petang sebelum dia keluar bersama ibu mertuanya, dia ada mengajak pembantu rumahnya itu untuk ikut sekali, namun ditolak kerana dikatakan dia memang tak suka bercampur dengan orang. Pembantu rumahnya juga menghalang Adira untuk membawa anaknya sekali (Alva) dengan alasan Alva mudah sakit dan baru sahaja baik demam.
Keluarga Adira menyedari kehilangan pembantu rumahnya itu apabila dipanggil oleh kakaknya tetapi tak menyahut semasa terdengar suara Alva menangis tak berhenti. Lalu, apabila dicari di sekitar rumah tetapi tidak dijumpai.
Tidak berapa lama kemudian, pembantu rumahnya itu dijumpai oleh pengawal keselamatan kawasan perumahannya ketika dia mencuba untuk keluar melalui guard house. Dikatakan pembantu rumahnya itu mengugut keluarganya untuk membunuh diri sambil memegang pisau.
Situasi selepas pembantu rumahnya itu ditangkap telah pun dirakam dan dimuat naik oleh Adira di story Instagramnya.
Adira turut meluahkan rasa kecewa dengan tindakan pembantu rumahnya itu kerana dia tidak menyangka layanan baiknya selama ini dibalas sebegitu. Selain itu, dia juga bersyukur kerana anak dan keluarga abangnya tidak diapa-apakan. Pembantu rumahnya itu telah pun diambil tindakan oleh pihak agensi dan dihantar ke imigresen.
Sampainya hati buat majikan macam tu…dah lah katanya sebaya. Kalau tak nak hormat sebagai majikan pun, paling tidak takkan tak hargai langsung jasa orang. Takpe lah, semoga urusan Adira dengan maidnya tu dipermudahkan.