in

PRU15 : Sungai Buloh Jadi Saksi ‘Drama’ Politik Antara Zahid Hamidi Dengan KJ?

Kj Zahid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini ramai pelik bila penyandang kerusi Parlimen Rembau yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin dicalonkan untuk bertanding di Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Teka teki siapakah yang akan bertanding di kubu kuat KJ juga terjawab selepas Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan diumumkan sebagai calon yang akan bertanding bagi parlimen tersebut.


Susulan itu pelbagai spekulasi timbul mengenai keputusan meletakkan KJ di Sungai Buloh, yang umum mengetahui bukan kubu kuat Barisan Nasional (BN).

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika ditanya wartawan mengenai perkara itu berkata, Khairy Sendiri yang meminta untuk bertanding di parlimen Sungai Buloh.

 

Ahmad Zahid Hamidi 2 Resize

Ujarnya tiada siapa yang mendesak atau memaksa KJ bertanding di kawasan tersebut, lapor Berita Harian.

KJ yang minta diberikan peluang bertanding di sana dan saya tunaikan permintaannya,”

Bagaimanapun jawapan Zahid dilihat bertentangan dengan kenyataan yang dikeluarkan Khairy, yang menjelaskan dia bertindak sedemikian kerana tidak menerima apa-apa isyarat untuk bertanding di mana-mana kawasan daripada pucuk pimpinan parti.

“Saya tahu kena keluar dari kawasan Rembau. Ketika itu, saya tiada pilihan. Saya perlu melakukan sesuatu untuk diri saya. Jadi, saya mengambil inisiatif untuk (berjumpa) dengan Tan Sri Noh Omar (Pengerusi BN Selangor) dan Vicky (Vigneswaran).

“Tiada banyak kerusi (Parlimen), hanya dua tiga yang tinggal ketika itu. Jadi saya kata, tak apalah saya pilih Sungai Buloh. Bukannya dari awal saya pilih (untuk bertanding di Parlimen Sungai Buloh).

Kj Sayur Re

“Saya memang menunggu isyarat daripada pucuk pimpinan tetapi tidak ada apa-apa. Selepas satu per satu kerusi tidak lagi ‘available’, maka akhirnya saya ke sini (Parlimen Sungai Buloh).

“Saya tak nak panjangkan polemik dengan Presiden UMNO, sebab tidak elok bercakap melalui media… tetapi hakikatnya, saya tiada pilihan sebab pucuk pimpinan parti pun tidak memberi sebarang isyarat kepada saya untuk pergi ke mana-mana kawasan. Saya ditinggalkan begitu sahaja,”

Terbaru ketika dalam sesi dialog awam di Sungai Buloh semalam, Khairy Jamaluddin ada menyatakan yang Zahid mungkin kurang berpuas hati dengannya ekoran tindakan KJ sebelum ini yang dilihat mempertikaikan kenyataan Presiden UMNO itu berkaitan pencalonannya dalam PRU15, lapor FMT.

Beliau berkata, dirinya bukan ‘orang kesayangan’ Zahid kerana dia bukan ‘yes man’.

Semoga yang terbaik menang untuk parlimen masing-masing. Cuma tu lah, harap yang menang tu nanti tolonglah jalankan amanah dan tanggungjawab sebaiknya.

 

Baca : Siapa Kaki Ponteng? Ini Rekod Kehadiran Ahli Parlimen Di Dewan Rakyat!

Rekod Kehadiran Ahli Parlimen

Sumber: Utusan
Sumber: Utusan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.