Seperti kita tahu, Barisan Nasional (BN) tumpas teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-15 dengan hanya berjaya memiliki 30 kerusi sekaligus mendatangkan tanda tanya ramai orang berkenaan punca kekalahan besar tersebut.
Sikap pentingkan diri sendiri punca Barisan Nasional kalah besar?
Menurut NST, salah satu punca kekalahan besar Barisan Nasional pada pilihan raya kali ini adalah kebanyakan daripada pemimpin daripada parti itu mementingkan diri sendiri. Betul ke?
Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK), Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman mengatakan beberapa pemimpin UMNO terlalu obses ataupun taksub dengan diri mereka sehingga mengabaikan tanggungjawab untuk menawan hati rakyat.
“Mereka lupa tanggungjawab sebagai pemimpin kepada parti yang terkenal (UMNO) dan memastikan rakyat kekal memberi kepercayaan terhadap partinya. Disebabkan pemimpin UMNO menyekat mereka yang tidak sehaluan daripada bertanding pada PRU15, UMNO mesti menerima kekalahan yang amat besar dan memalukan ini.”
Abdul Aziz juga menambah ada beberapa pemimpin yang tidak dicalonkan dan mempunyai pengaruh besar seperti Bekas Menteri Besar Datuk Seri Shahidan Kassim.
“Bila pemimpin seperti Shahidan tidak dicalonkan dan bertindak bertanding atas tiket lain (Perikatan Nasional), UMNO bukan sahaja kehilangan kerusi parlimen malah hilang kuasa dan pengaruh di negeri tersebut.”
“Kalau sebelum ini, ramai pemimpin tinggi UMNO meminta untuk bekas presiden Datuk Seri Najib Razak untuk berundur dan beliau terima dengan hati terbuka. Tetapi, pemimpin sekarang degil dan tidak mahu mendengar pendapat orang lain.”
Dalam pada itu, Abdul Aziz juga meminta untuk presiden UMNO dan pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk meletak jawatan dengan serta-merta dan fokus terhadap kes mahkamah yang sedang berlangsung.
Apa pendapat korang pula?