in

PRU15: 70 Ilmuwan Sokong Anwar Sebagai Calon PM

btefrdwas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, barisan 70 ilmuwan profesor Melayu memilih Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

70 tokoh ilmuwan sokong Anwar sebagai calon PM


Menurut Sinar Harian, Profesor Datuk Dr Ir Wan Ramli Daud selaku jurucakap Deklarasi Profesor Melayu G70 mengatakan bahawa Anwar adalah satu-satunya tokoh dengan kredibiliti dan mempunyai pengalaman serta integriti yang mampu memimpin masyarakat berbilang bangsa.

1986614

“Dengan berteraskan Islam sebagai Agama Persekutuan serta memulihkan reputasi negara di mata dunia. Bersama pasukannya dalam PH pada PRU15 ini, merupakan pilihan terbaik untuk membawa negara keluar daripada kemelut ekonomi masa kini.”

Dalam pada itu, Wan Ramli juga meminta rakyat Malaysia untuk memilih pemimpin sebaiknya dengan mengundi parti politik yang mendukung perpaduan nasional seluruh rakyat dan keadilan masyarakat tanpa ada sesiapa yang tertinggal.

“Rakyat Malaysia mesti memilih calon-calon daripada pakatan politik yang memiliki iltizam bagi membina sebuah kerajaan berteraskan prinsip tatakelola baik serta bertekad memerangi sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa terhadap kepentingan rakyat dan negara.”

Rakyat Malaysia juga diseru menolak calon-calon daripada mana-mana parti politik yang telah mengkhianati amanah demokrasi dan menjadikan kedudukan politik demi kepentingan diri sendiri semata-mata serta menggunakan fitnah atau sentimen agama mahupun budaya bagi meraih sokongan pengundi.

41603598432 AnwarIbrahim

Sebelum mengakhiri deklarasi, Penyelaras Deklarasi Profesor Melayu G70, Profesor Dr Saadiah Mohamad menjawab mengenai sekiranya pihak universiti mengambil tindakan kepada mereka kerana menyokong Anwar.

“Kenapa pula nak ambil tindakan? Adakah kami melakukan satu kesilapan dan jenayah? Sebaliknya saya rasa G70 telah menunjukkan contoh yang baik dari segi mengangkat martabat ilmu itu dan juga keupayaan kita terutama kita dari kalangan profesor untuk memberikan pandangan. Sekiranya ada yang tidak bersetuju, kami menghormati perbezaan pendapat.”

Para ilmuwan pun sudah turut beri pandangan mengenai situasi PRU15 yang akan berlaku dalam beberapa hari lagi…Apa pandangan korang pula?

Baca: Zahid Hamidi vs Ismail Sabri : Agong Yang Akan Tentukan Siapa Jadi PM Kalau BN Menang PRU15

Screenshot 2022 11 17 at 10.41.44 AM

Sumber: Portal
Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.