in

Protes Bangladesh: Keluarga & Pelajar Malaysia Terkandas Akan Dipindahkan Esok

Protes Bangladesh Pelajar Malaysia Dipindahkan Esok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketika ini, berlaku ketegangan di Bangladesh ekoran bantahan ribuan pelajar terhadap keputusan Mahkamah Agung yang mengembalikan kuota untuk pekerjaan awam yang telah dimansuhkan pada 2018.

Susulan situasi rusuhan yang makin memburuk, kerajaan memutuskan untuk membawa pulang kesemua rakyat Malaysia termasuk 124 pelajar yang terkandas di negara itu.


Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau sudah menghubungi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberikan kelulusan agar pelan evakuasi dilaksanakan, lapor Sinar Harian.

Artikel berkaitan: Rusuhan Di Bangladesh Buat Pelajar M’sia Di Sana Dalam Bahaya? Ini Apa Yang Berlaku…

Artikel berkaitan: “Suatu hari nanti anak orang Bangladesh boleh jadi PM”- Kenyataan Lelaki Warga Asing Ini Buat Ramai Marah

“Perkara (rusuhan) ini tidak akan selesai dalam masa terdekat dan kita putuskan untuk bawa pulang rakyat Malaysia,” katanya.

Menurutnya, penerbangan khas menggunakan pesawat AirAsia dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal, Dhaka jam 10 pagi Selasa.

“Pesawat akan berlepas pulang pada hari sama sebaik sahaja urusan penerbangan selesai,” ujar beliau.”

Katanya, seramai 139 pelajar disahkan berada di negara itu dan 15 daripadanya telah selamat pulang.

Gs7Phpeauaaasnu 1

“Angka tersebut akan bertambah kerana difahamkan masih ada yang belum berdaftar.

“Kami juga baru menerima makluman seramai 10 orang rakyat kita yang bekerja sebagai juruterbang bersama keluarga mereka berada di negara itu memohon untuk kembali ke tanah air dalam pelan evakuasi ini.”

Dalam pada itu, Mohamad menempelak pihak yang menuduh kerajaan ‘tidak buat apa-apa’ bagi membantu pelajar Malaysia yang terperangkap di tengah-tengah rusuhan di Bangladesh.

Tegasnya, dari hari pertama rusuhan, Wisma Putra sudah berurusan dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sana bagi memantau keadaan rakyat Malaysia di negara tersebut.

Justeru, beliau meminta semua pihak tidak menokok tambah dan bertenang dalam isu ini.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.