in

Proses Sulh Tak Jadi Lepas Mizz Nina Tarik Semula Kes Penjagaan Penuh Musa

ft tak jadi proses sulh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas penyanyi, Mizz Nina telah menarik balik tuntutan penjagaan penuh bagi anak angkatnya, Musa dan inter-parte bagi hak penjagaan sementara.

Menerusi Buletin TV3, peguam syarie yang mewakili Mizz Nina iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan berkata, tiada proses sulh yang berlaku pagi tadi dan esok, pihaknya bersama Mizz Nina akan kembali untuk membuat pengesahan di hadapan hakim nanti.


Artikel berkaitan : “Itu bukan nama Musa” – Suami Mizz Nina Dedah Noh Beri Informasi Palsu Isu Nama Sebenar Musa

Artikel berkaitan : Lepas Isu Dedahkan Wajah, Noh Dianggap Tidak Sensitif Dedahkan Nama Penuh Anak Angkat Pula

“Esok kes itu akan disebut di hadapan hakim untuk mengesahkan penarikan balik. Itulah perjalanan kes hari ini. Jadi, tiada sulh sebentar tadi sebab kami sudah memfailkan penarikan balik dan sulh dibatalkan sebab pihak plaintif (Mizz Nina) tidak ingin meneruskan tindakan.”

Dalam pada itu, Fakhrul Azman berkata perkara tersebut ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam. Seperti yang dimaklumkan, dalam proses sulh yang sepatutnya dijalankan pagi ini, Mizz Nina tidak hadir tetapi diwakili oleh suaminya Essam Muhammad dan seorang lagi peguam, Mahmud Abdul Jumaat.

Screenshot 2024 02 05 134450

“Kami buat hak penjagaan sementara selepas anak tersebut yang kita kira sebagai dilarikan pada 19 Disember tahun lalu. Mizz Nina dalam perjalanan pulang ke rumah dan anaknya tiada.”

“Jadi, mereka membuat laporan polis dan sebagainya, tapi anak masih tidak dapat diserahkan dan disebabkan itu, kita memasukkan permohonan ex-parte dan mahkamah sudah memberikan hak penjagaan sementara kepada Mizz Nina.”

“Kami berusaha dalam lima sehingga tujuh hari untuk mendapatkan tempat tinggal anak sebab segala hubungan untuk mendapatkan anak sudah disekat, jadi kami berjaya mendapatkan anak dengan bantuan polis melalui perintah dikeluarkan oleh mahkamah.”

Jelasnya lagi, bekas suami Mizz Nina iaitu Noh telah bersetuju memberikan anak angkat itu sepenuhnya kepada Mizz Nina pada 20 Februari 2023.

NOH HUJAN 1

“Tapi kita tak tahu kenapa Noh pergi ambil anak. Bila sudah dapat anak selepas ex-parte dikeluarkan, proses pengangkatan sudah dilaksanakan dan semalam, sudah disahkan bahawa penjagaan Musa diberikan sepenuhnya kepada Mizz Nina.”

Bagi menjawab dakwaan Noh yang mengatakan Musa telah diletakkan di bawah penjagaan mereka bersama, Fakhrul Azman berkata, ibu kandung Musa sudah menyerahkan Musa sepenuhnya kepada Mizz Nina.

“Pada 20 Februari 2023, ibu kandung Musa sudah memfailkan akuan berkanun iaitu menyerahkan anak tersebut kepada Mizz Nina dan kemudian tiba-tiba memfailkan lagi untuk membatalkan akaun berkanun dan hantar pada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).”

“Tetapi, ibu kandung Musa sudah membuat surat mengesahkan mahu memberikan anak kepada Mizz Nina seorang, jadi JPN tak ambil kira akaun berkanun yang dihantar. Jadi secara rasmi ibu kepada Musa adalah Mizz Nina seorang,” katanya.

Noh, 39, turut hadir ditemani dua peguamnya, Muhammad Shamsyuar Jasmin dan Megat Syazlee Mokhtarom, pagi ini.

Sumber : Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.