Panas betul semalam apabila Sajat tiba-tiba memuat baik gambarnya konon dipukul oleh teman lelaki, Coach Yin sehingga lebam. Teruk jugak min tengok lebam di tangannya tu!
Dalam pada itu, Coach Yin pun ada memuat naik kenyataan balas di Instagramnya yang mengatakan semua yang berlaku bersebab dan dia takkan berbuat begitu kalau Sajat tidak bermulut lancang dan suka mempergunakan orang. Haih macam-macam!
“Sajat jatuh tinggi dari tingkat 4, luka kaki maybe patah!”
Namun nampaknya apa yang berlaku di antara Sajat dan Coach Yin ni didakwa mungkin ‘gimik’ semata-mata seperti yang diteka segelintir netizen selepas mereka nampaknya ‘dikantoikan’ secara tak sengaja oleh Bonda Rozita Ibrahim, ibu kepada Aliff Syukri.
Menerusi posting Instagram Bonda Rozita, semasa mereka bercuti di luar negara bersama-sama, Sajat katanya telah jatuh dari tingkat 4 pada hari terakhir percutian mereka. Lebih teruk lagi, Bonda Rozita mengagak yang kaki Sajat kemungkinan patah dan luka.
https://www.instagram.com/tv/B7CcwcxplaH/?igshid=powwunrkcy5
“Propalah weh, dia dah delete kat IG” – Netizen
Ternyata netizen sekarang dah bijak dalam menilai keadaan, ramai di antara mereka menyedari akan posting Bonda Rozita tu dan sudah mengagak perkara ini hanya sekadar gimik semata-mata.
Apa-apapun kalau betullah Sajat telah dipukul Coach Yin, min harap mereka dapatlah selesaikan hal ini dengan baik. Tak elok bersengketa sampai pukul-pukul ni.
Baca: “Cukup lah setakat ini” – Sajat Kena Belasah Dengan Coach Yin?