Baru-baru ini, kecoh di media sosial isu drama bersiri Thariq Ridzuwan: His Treasure. Ia susulan kenyataan pengarah drama tersebut serta penulis novel itu.
BamBam Studios yang merupakan team drama rasmi Astro menerusi laman Instagram miliknya mengeluarkan kenyataan yang mengejutkan ramai pihak di mana promosi drama itu ditangguhkan sehingga diberitahu.
Artikel berkaitan: “Pergi dekat novel pasal cintan cintun” – Berebut Masuk Pesta Buku, Netizen Sangkal Dakwaan Rakyat Malaysia Kuat Membaca
Artikel berkaitan: Dedah Drama Bidaah Dari Pengalaman Sendiri, PU Syed Minta Erma Fatima Buat Laporan Polis
View this post on Instagram
Dalam kenyataan tersebut difahamkan segala promosi untuk drama berkenaan ditangguhkan, namun dalam kenyataan itu tiada dinyatakan jika hari tayangan itu ditunda.
Drama yang diarahkan oleh Eyra Rahman ini menampilkan barisan pelakon popular seperti Meerqeen, Qasrina Karim, Evertts Gomes dan ramai lagi.
Sebelum ini, teaser dan sidang media drama itu mendapat kritikan ramai susulan kenyataan pengarahnya yang mengatakan drama tidak boleh terlalu sama dengan novel kerana novel itu hanya ‘angan-angan’ penulis.
Di ruangan komen, ramai netizen yang berteka-teki mengapa promosi drama itu ditangguhkan.
Setakat artikel ini ditulis, masih belum ada kenyataan rasmi berkenaan penagguhan yang dinyatakan itu.
Sumber: Instagram