Presiden PAS Abdul Hadi Awang akan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, jam 3 petang ini untuk memberikan keterangan kepada pihak polis.
Ia berikutan dengan laporan polis oleh beberapa pihak yang dibuat terhadapnya mengenai dakwaan yang mengatakan DAP mempromosikan Islamofobia dan menghalang PAS daripada berkuasa.
Menyifatkan komponen PH tidak bermoral
Memetik laporan FMT, Abdul Hadi Awang juga turut menyifatkan parti komponen Pakatan Harapan itu ‘tidak bermoral’. Sumber melaporkan, beliau ada menggunakan analogi bola sepak iaitu biarpun ada pasukan dah menang, pengadil “tiba-tiba memberi masa tambahan” bagi memberi peluang kepada pasukan kalah “untuk menang dengan apa cara sekalipun”.
Komennya yang dipetik daripada kolum ditulisnya dalam lidah rasmi PAS, Harakah itu merujuk kepada Agong yang bertitah untuk membentuk kerajaan persekutuan perpaduan.
Dalam pada itu, Ketua Komunikasi PKR Ampang Syafiq Zulkifli semalam telah menggesa pihak polis untuk mengambil tindakan tegas kepadanya kenyataan yang dibuat itu berbaur hasutan.
“Kebencian yang cuba disemai ahli politik seperti Hadi menyebabkan ketidakharmonian dan membantut pertumbuhan ekonomi kerana ia boleh menjejaskan keyakinan pelabur.
“Tindakan tegas mesti diambil polis terhadap mereka yang mencabar kedaulatan negara dan mereka yang terlibat dalam sebarang unsur pengkhianatan terhadap titah Yang di-Pertuan Agong untuk menubuhkan kerajaan perpaduan.”
Laporan polis itu dibuat oleh NGO Raudhatul Muslimin terhadap Hadi, katanya. kenyataan Abdul Hadi berunsur fitnah dan tidak sejajar ajaran Islam, selain boleh mengganggu ketenteraman awam. Bahkan NGO itu juga menuduh Hadi tidak menghormati Perlembagaan dan Agong.
Baca : “Parlimen bukan sekolah” -; Presiden PAS Jawab Isu Rekod Kehadiran Parlimen Merosot