in

Prebet Muhammad Syafiq Hilang Sejak 18 Jun Lalu Ditemui Selamat

Muhammad Syafiq

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Prebet Muhammad Syafiq Hilmi Abd Halim yang hilang di sempadan Malaysia-Brunei ketika bertugas dalam Op Ukur di Limbang, Sarawak sejak 18 Jun lalu, ditemui selamat hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Sel Perhubungan Raya Tentera Darat Malaysia (TDM), Muhammad Syafiq ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira pukul 11.29 pagi tadi selepas 17 hari operasi tersebut dilancarkan.


Kenyataan sama memberitahu Muhammad Syafiq berjaya menjejak tanda-tanda panduan laluan rintis pencarian yang sengaja dibuat di sekitar lokasi pencarian sehingga beliau berjaya menemui lokasi Forward Operating Base (FOB) Tim A.

“Beliau ditemui dalam keadaan selamat lengkap bersama peralatan dan senjata namun lemah akibat kelaparan dan dehidrasi.

“Beliau seterusnya diberikan rawatan awal oleh pasukan perubatan di lokasi untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Artikel berkaitan: “Kami tak henti cari Hafiz” -Remaja Hilang Ditemui Meninggal Dunia, Sahabat Tangisi Pemergian Arwah

Artikel berkaitan: Misteri Kehilangan Alissa Turney Yang Terungkai Dengan Bantuan TikTok

Menurut TDM, keluarga Muhammad Syafiq telah dihubungi menerusi panggilan telefon dan akan diterbangkan ke Sarawak dalam masa terdekat.

Jelasnya, semua perbelanjaan perjalanan akan ditanggung sepenuhnya oleh TDM.

Muhammad Syafiq
Prebet muhammad syafiq yang ditemui selamat, hari ini.

Dalam pada itu, pihak TDM juga mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat dalam operasi tersebut khususnya kepada Kerajaan Sarawak dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

“Selai itu, terima kasih juga kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), individu serta semua yang terlibat atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sehingga Prebet Muhammad Syafiq berjaya ditemui selamat,” katanya.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.