Syarikat penerbangan Malaysia Airlines mengesahkan seorang pramugarinya telah meninggal dunia ketika sedang transit di Tokyo, Jepun.
Menurut kenyataan syarikat penerbangan tersebut, anak kapal kabinnya itu dikenali sebagai Norzana Hanim Hamzah.
Artikel berkaitan : Neerja Bhanot: Kisah Pramugari Berani, Korbankan Nyawa Sendiri Untuk Selamatkan 360 Penumpang
Artikel berkaitan : “Tahniah doktor!” – Doktor Malaysia Rawat Pesakit Kecemasan Dalam Pesawat Ke Doha Raih Pujian Netizen
Tambah syarikat penerbangan berkenaan, Norzana sedang bertugas di Narita, Tokyo dan dijadualkan mengendalikan penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
“Doa kami bersama keluarga dan rakan-rakan Norzana”
Difahamkan, syarikat penerbangan tersebut sudah berhubung dengan keluarga Norzana dan akan memberikan sokongan kepada mereka ketika ini.
Terdahulu, tular di media sosial berhubung kematian kru kabin berkenaan. Walaubagaimanapun, punca kematian masih belum dapat dipastikan.
Sumber : BH Online