in

“Power lah nek!” – Nenek Umur 90 Tahun Diiktiraf Sebagai Gamer Tertua di Dunia

Game

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Orang muda zaman sekarang ni lebih berminat dengan video game. Mungkin video game lebih menarik perhatian mereka sebab tak perlu nak keluar peluh dan boleh main kat mana je.

Malah yang lebih gempak nya lagi, permainan video game atau e-sport dah diiktiraf dan banyak pertandingan yang diadakan.


Mesti korang tak sangka kan ada wanita daripada Jepun berumur 90 tahun telah diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai gamer tertua di dunia.

Gta4

Wanita yang berumur 90 tahun dikenali sebagai Hamako Mori mendapat gelaran ‘Gamer Grandma’ daripada lebih 150,000 orang subscribers di Youtube yang dia buat pada tahun 2015.

Wanita ini bermula bermain video game sejak berumur 39 tahun dan dia akan upload video di channel Youtube nya 4 kali dalam sebulan, lapor Guinness World Records .

Gta2

Baginya, permainan Grand Theft Auto (GTA) merupakan antara game paling favourite dalam semua game yang pernah dia main.

“Bermain game selama ini adalah pilihan yang tepat. Saya benar-benar menikmatinya” 

Gta3

Menurutnya juga, dia telah mengumpul pelbagai alat permainan video setelah beberapa dekad  antaranya Cassette Vision yang dilancarkan di Jepun pada tahun 1981.

Gta

Kira nenek ni dah pro lah kan dah main banyak video game

Baca : “Main game lagi banyak income” – Suri Rumah Jana Pendapatan Hingga RM18k Dengan Main PUBG Je!” 

Pubg 1

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.