in

Potong 4 Jari Buang Dalam Parit – Wanita Dakwa Diserang Perompak, Rupa-rupanya Lari Dari Hutang

Feat Hutang Final

“Berani buat berani tanggung”. Itulah istilah yang sesuai digunakan bagi mereka yang melakukan sesuatu tanpa memikirkan akibat yang mendatang.

Seperti yang berlaku kepada wanita ini, dia dikatakan telah meminjam sejumlah wang bernilai lebih daripada 70 juta rupiah (kira-kira RM20,000).

Wanita berusia 54 tahun ini bukan sahaja meminjam daripada seorang peminjam, malah dia telah meminjam wang daripada enam orang peminjam yang lain!

Definisi hutang keliling pinggang.

 

Potong empat jari tangan

Namun apa yang tidak disangka-sangka, wanita dari Medan, Sumatera Utara ini sanggup menahan kesakitan apabila dia telah memotong empat jari tangan kirinya sebelum mereka-reka cerita kononnya dirompak!

Lapor Harian Metro, wanita ini dikatakan berbuat demikian kerana terdesak untuk mencari jalan bagi melunaskan hutang-hutangnya yang berjumlah lebih daripada 70 juta rupiah itu.

Namun, perbuatannya itu ternyata sia-sia kerana dia akhirnya ditahan polis gara-gara membuat aduan palsu.

Wanita itu yang dikenali sebagai Erdina Br Sihombing kemudian didakwa di Mahkamah Pengadilan Negeri (PN) Medan baru-baru ini.

Feat Hutang 1

 

Pinjam wang dari 6 orang

Menurut pertuduhan, wanita itu telah meminjam wang daripada enam individu. Ketika kejadian, dia dikatakan menggunakan parang yang diambil dari rumahnya di Jalan Mamiyai, Medan.

Wanita itu kemudiannya mengambil pecahan batu daripada bekas simen berukuran 10 sentimeter x 15 sentimeter berserta kain sarung yang juga dibawa dari rumah.

Dia telah meletakkan tangan kiri dengan posisi keempat-empat jari berada di atas batu dan dengan sekali hayun, dia memotong keempat-empat jarinya itu.

Pihak pendakwaan juga menyatakan bahawa empat jari tangan tertuduh terputus dan mengeluarkan darah yang banyak.

 

Buang jari dalam parit

Wanita itu dikatakan membungkus jarinya dengan kain sarung yang dibawanya. Keempat-empat jarinya itu pula dimasukkan ke dalam plastik lalu dibuang ke dalam parit yang terletak kira-kira 100 meter dari situ.

Dia kemudiannya menghubungi beberapa orang lain dan meminta bantuan untuk dihantar ke Hospital Murni Teguh untuk mendapatkan rawatan.

Ketika ditanya oleh orang, tertuduh mendakwa menjadi mangsa rompakan. 

 

Dakwa jadi mangsa rompakan

Anak wanita itu yang dikenali sebagai Nico Johan Saputra Manurung telah membuat laporan polis di Medan gara-gara dakwaan ibunya yang dirompak sampai terputus jari tangan.

Pemeriksaan yang dilakukan oleh pihak polis di lokasi kejadian menemui unsur yang meragukan sebelum wanita itu mengaku dia sengaja mereka-reka cerita.

Tambah wanita itu lagi, dia terpaksa berbuat demikian dengan harapan si peminjam berasa kasihan dan tidak menuntut hutang.

Duit boleh dicari, jari hilang mana pulak nak kutip baru?

Baca: Suspek adalah sahabat baik Pesara Polis Dijumpai Mati Dalam Kubur Dibunuh Sebab Tuntut Hutang Baca Hutang

Sumber: Harian Metro