in

“Post la benda berfaedah” – [VIDEO] Didakwa Sudah Berpisah, Isteri Abang Viva Tampil Bersuara

Isteri Abang Viva Rumah Tangga

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rata-rata ramai sudah mengenali Abang Viva atau nama sebenarnya, Azwan Omar, seorang sukarelawan yang pernah tular kerana sikap baik hatinya membantu mangsa banjir satu ketika dulu.

Sudah mendirikan rumah tangga, namun tiba-tiba timbul kisah yang mendakwa perkahwinannya dengan seorang wanita bernama Eva Noza Zakaria sedang bergolak susulan dia memuat naik status seakan sedang bersedih.


Status itu mengundang tanda tanya dalam kalangan netizen sehingga ada portal yang mengaitkan perkara itu dengan rumah tangganya.

https://www.tiktok.com/@evanoza_/video/7253689063218171138

Nafi dakwaan berpisah

Justeru, Eva tampil menjelaskan perkara tersebut menerusi satu video di akaun TikToknya. Dia menafikan hal mengenai rumah tangganya sudah berakhir.

Katanya, dia enggan mengambil tindakan undang-undang terhadap portal yang menulis artikel sebegitu namun berharap semua pihak tidak mengeluarkan cerita yang tidak sahih kerana akan menimbulkan salah faham.

“Berkenaan dengan story ini, sebenarnya dah lama tapi Eva tak tahu kenapa sampai hari ini orang masih tanya benda yang sama,” katanya.

Dia juga menjelaskan tidak akan menyaman pihak yang memuat naik cerita sebegitu kerana tidak mahu memperbesarkan isu tersebut.

Screenshot 2023 07 10 162138

“Jadi, saya harap sangat… Eva malas nak besar-besarkan cerita ini, Eva harap sangat mereka yang post berkenaan story yang tidak benar ini, sila turunkan posting anda sebelum orang lain salah faham.

“Sebelum fitnah ini berleluasa, kalau boleh post la benda berfaedah dan doalah yang baik-baik. Insya-Allah,” jelasnya.

Untuk rekod, Abang Viva dan isteri, Eva mendirikan rumah tangga pada 14 Oktober tahun lalu.

Baca: “Adakah anda berpuas hati?” – Muat Naik Video Sedih, Netizen Spekulasi Rumah Tangga Abang Viva Bergolak?
Abang Viva Rumah Tangga

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.