in

“Port mancing baru” – Tak Sangka, Netizen Tekejut Bila Tahu Tasik Putrajaya Ada Ikan Besar!

3Ikan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memancing adalah salah satu aktiviti sukan yang agak digemari oleh rata-rata penduduk Malaysia. Dengan banyak kewujudan kolam pancing di serata negara, ternyata sukan ini telah menjadi salah satu hobi pilihan rakyat.

Untuk korang yang kaki pancing tu, ada berita baik yang min nak kongsi dengan korang. Min ada jumpa port baru untuk memancing. Dekat Tasik Putrajaya ni ikan pun besar-besar, memang seronok kalau memancing ni. Kalau korang tak percaya, korang tengok hantaran Facebook Pusat Rekreasi Air Putrajaya kat bawah ni.


Screenshot 2023 04 02 At 2.59.41 Pm Screenshot 2023 04 02 At 2.59.53 Pm Screenshot 2023 04 02 At 3.00.13 Pm Screenshot 2023 04 02 At 3.00.22 Pm

 

Port memancing baru

Perrghh.. besar betul ikan yang abang kita ni naikkan ye. Serius min tak sangka langsung Tasik Putrajaya tu ada ikan besar-besar macam ni. Korang boleh try pergi sendiri, mana tahu boleh dapat ikan yang lagi besar kan?

Screenshot 2023 04 02 At 3.00.54 PmWeh 20kg tu berat betul tau sebenarnya. Kalau ayam seekor nak dekat 2kg, maksudnya bersamaan 10 ekor ayam atau lebih lagi. Boleh buat kenduri dah tu. 

Screenshot 2023 04 02 At 3.03.29 PmKannn… besar bas ikan dekat Tasik Putrajaya ni. Mungkin korang boleh cuba sendiri lepas ni. 

Screenshot 2023 04 02 At 3.01.33 PmMin sendiri tak pernah try makan ikan rohu ni. Tapi kalau tengok admin page tu cakap, buat bakar berempah sedah, memang kena try lah. Silap-silap nanti korang nampak min tengah mancing dekat Tasik Putrajaya ni cari ikan rohu.

Screenshot 2023 04 02 At 3.02.21 PmRupanya ikan-ikan yang ada dalam tasik tu memang ikan yang sedia ada. Maknanya dah berapa tahu usia ikan tu sampai boleh cecah 20kg dan besar macam tu.

Screenshot 2023 04 02 At 3.01.17 PmOkay ini info penting untuk kaki pancing kalau nak melepaskan joran dekat Tasik Putrajaya. Ada ikan yang kalau korang tangkap kena lepas, tapi kalau tak ada dalam senarai, boleh je bawa balik. 

Selamat memancing!

Baca: YDPA Mencemar Duli Ke Kolam Pancing Rawang, Siap Berjaya Daratkan Ikan!

Screenshot 2023 04 02 At 2.59.00 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.