in

Port ‘Healing’ Jadi Tak Tenang, Individu Dakwa Influencer Buat ‘Live’ TikTok Dekat Sungai?

Live 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap hujung minggu, ramai orang memilih kawasan dalam hutan dan sungai sebagai tempat untuk berkelah bersama keluarga dan kawan-kawan. Bila dah pergi tempat macam tu, mesti kita nak ketenangan dan rehatkan minda, betul tak?

Lain pula jadinya apabila seorang individu di TikTok ini mendakwa kawasan sungai tempat dia berkelah itu ‘dicemari’ oleh influencer yang membuat live TikTok sehingga mengganggu ketenteraman awam.


Nak healing tapi?

Dalam video yang dimuat naik oleh @gadisemasa.d di TikTok, dia ketika itu sedang berehat di hadapan kawasan sungai. Sedang menikmati keindahan alam, ada suara bingit oleh beberapa individu yang membuat live TikTok berhampiran dengan kawasan sungai tersebut.

Artikel berkaitan: “Healing’ Tanpa Permit Sah, Pendaki Terkejut Gunung Berapi Dukono Meletus Depan Muka

Artikel berkaitan: “Healing apa?” – Netizen Bengang Tengok Beberapa Individu Masak Di Stesen Minyak Genting Highland

Mungkin mereka mahu ‘beramah mesra’ dengan penonton dalam live, namun sebenarnya tindakan itu telah membuatkan pengunjung di situ berasa tidak selesa.

Ramai juga pengunjung yang menjenguk mereka dari jauh seperti menganggap perbuatan sebegitu tidak menghormati orang lain.

@gadisemasa.d

Hino ko nak healing #fyp #healing

♬ Oh No – Kreepa

Nak healing dalam hutan pun tak tenang…

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen tidak berpuas hati dengan kelakuan beberapa individu tersebut yang membuat bising di kawasan hutan.

Live 1

Selain itu, ada netizen yang mengakui mereka turut terganggu ketika sedang berada di kawasan sungai tersebut.

Live 2

Pun begitu, seorang netizen mendakwa ramai orang zaman sekarang suka buat live di mana-mana tempat sehingga mengganggu privasi orang sekeliling.

Live 3

Harap benda macam ni tak berlaku lagi…

Sumber: TikTok

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.