in

Polis Tak Isytihar Jalan Masjid India Sebagai Zon Tak Selamat Sebab….

Ft Masjid India

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Polis menjelaskan bahawa masih belum tiba masa untuk isytiharkan tempat tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur sebagai zon tidak selamat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata untuk berbuat demikian, pihaknya perlu mengemukakan permohonan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengisytihar kawasan itu sebagai zon bencana.


Artikel berkaitan : Seluruh Kawasan Jalan Masjid India Kini Ditutup Susulan Lubang Kedua Muncul

Artikel berkaitan : “Beliau pemuda dalam video tular” – ABIM Sahkan Lelaki Terselamat Insiden Tanah Jerlus Masjid India Peluk Islam

Hfhfggggg 1724918504

“Walaupun kejadian ini bukan dianggap bencana, tindakan polis termasuk bomba dan agensi berkaitan serta Indah Water Konsortium (IWK) seolah-olah seperti bencana.”

“Susulan lokasi kedua mendapan dikesan, saya sudah mengarahkan laluan sepanjang 1.4 kilometer di Jalan Masjid India ke Jalan Raja Laut ditutup.”

“Penutupan itu membabitkan laluan yang mempunyai lima pembetung dan arahan berkait perkara berkenaan sudah dikeluarkan kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi dan Ketua Polis Negeri.”

Screenshot 2024 08 29 164301

Jelasnya lagi, penutupan itu hanya tempat yang membabitkan laluan berkenaan dan tidak melibatkan kawasan lain.

“Perniagaan juga tidak ditutup. Urus niaga masih berlangsung seperti biasa. Laluan ke pembetung itu sekitar 50 hingga 70 meter sahaja.”

Operasi mencari mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India masih lagi diteruskan dengan Ground Penetrating Radar (GPR) oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) sejak Selasa lalu.

Sumber : Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.