Pempengaruh yang dikenali sebagai CEO Batu kini ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menghantar gambar tidak senonoh kepada remaja bawah umur.
Memetik laporan Harian Metro, lelaki berusia 22 tahun terbabit hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, malam tadi.
Polis memaklumkan pempengaruh terbabit ditahan reman hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.
Artikel berkaitan: “Gambar tu sepatutnya saya crop” – Pempengaruh Rayu Mahu Jumpa Ibu Mangsa, Hantar Foto Tak Senonoh Pada Budak 14 Tahun
Artikel berkaitan: “Mangsa tersebut bukan saya” – Dituduh Teman Wanita CEO Batu, Wanita Tampil Beri Penjelasan
View this post on Instagram
Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.
Terdahulu, nama pempengaruh terbabit hangat diperkatakan susulan penyanyi rap dan aktivis sosial, Caprice mendedahkan mengenai beberapa kiriman mesej yang didakwa berbaur lucah dihantarnya kepada remaja bawah umur.
Difahamkan, ibu kepada remaja terbabit yang meminta bantuannya selepas anaknya didakwa menjadi mangsa gangguan seksual pempengaruh itu.
Selepas pendedahann itu, Caprice berkongsi seorang lagi mangsa tampil mengaku turut menjadi mangsa CEO Batu.
Sumber: Harian Metro