in

Polis Tahan 3 Lelaki, Disyaki R*gol Remaja Perempuan Hilang Di Tawau

Rogol Remaja Perempuan Hilang

Seorang remaja 15 tahun antara tiga yang ditahan kerana disyaki merogol remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu dekat Tawau.

Memetik Harian Metro, penahanan dibuat susulan mangsa mendakwa dirogol tiga lelaki yang dikenalinya itu, kata Ketua Polis Tawau, Jasmin Hussin.

Selain remaja lelaki itu, dua suspek berumur 29 tahun ditahan di sekitar Tawau lewat malam tadi.

Artikel berkaitan: Hilang Semalaman, Remaja Perempuan Rupanya Lari Ke Rumah Kenalan Lelaki Di Kelantan

Artikel berkaitan: Remaja Perempuan Hilang Sejak 2 Julai Dah Pulang, Tertekan Bentuk Badan Diejek Punca Lari Rumah

Menurutnya, tiga suspek itu direman tujuh hari hingga 4 September untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan atas kesalahan rogol.

“Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh 20 tahun dan hukuman sebat,” katanya.

Screenshot 2024 08 28 145023

Media sebelum ini melaporkan kehilangan pelajar tingkatan tiga apabila tidak pulang ke rumah sehingga lewat petang pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun, remaja itu ditemukan selamat di kawasan Kampung Jawa, Jalan Tengku Osman pada 1 pagi semalam.

Kehilangan mangsa yang mesra dengan panggilan ‘Maira’ itu, hanya diketahui kakaknya, selepas menghubungi seorang rakan sekolah adiknya yang memaklumkan mangsa tidak hadir ke sekolah pada hari kehilangan.

Dia kemudian berkongsi di media sosial mengenai kehilangan adiknya dan merayu orang ramai agar membantu mengesan adiknya, selain membuat laporan polis.

Sumber: Harian Metro