Seramai 11 orang individu di Kampung Atas Tol, Terengganu telah ditahan oleh polis pada Jumaat semalam kerana terlibat dengan aktiviti perjudian sabung ayam, lapor Berita RTM.
Seorang warga Indonesia turut termasuk dalam 11 orang individu yang ditahan polis dalam serbuan untuk membanteras aktiviti pertaruhan melibatkan haiwan tersebut.
Difahamkan, kesemua mereka ditahan polis ketika sedang melakukan aktiviti berkenaan di kawasan belakang sebuah rumah di kampung tersebut di negeri itu.
Artikel Berkaitan: “Ni pengajaran untuk semua” – Dedah Pernah Berhabis Duit Sebab Judi, Shuib Bersyukur Sempat Berhenti
Artikel Berkaitan: 27 Orang ‘Influencer’ Ditahan Polis Akibat Promosi Judi Dalam Talian
Pihak polis turut merampas sebuah beg mengandungi jarum, benang, pita pembalut perubatan berwarna merah, empat ekor ayam jantan dan bon laga ayam.
Wang tunai bernilai RM5,823 turut dirampas oleh pihak polis dalam serbuan aktiviti berjudi laga ayam itu.
Polis menyiasat kes ini mengikut Seksyen 32 (1) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
Sumber: Berita RTM