in

Polis Siasat Video Tular Budak 13 Tahun Baling Bata Ke Tingkat Bawah PPR

Whatsapp Image 2026 04 12 At 5.14.05 Pm 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang remaja lelaki berusia sekitar 13 tahun yang didakwa membaling objek dari kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Malaysia, Taman Desa Petaling, di sini telah diambil keterangan oleh polis bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 10 April daripada Pengerusi Persatuan Penduduk PPR berkenaan.


Menurutnya, siasatan awal mendapati remaja terbabit dipercayai membaling batu, bata serta kerusi plastik dari kawasan blok perumahan tersebut.

Tindakan itu telah menimbulkan kegusaran dan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

5B5Cf6B5 C29F 4Dd3 Ac06 A7Ec8Ec952Fe
Asisten komisioner mohd rosdi daud

Artikel berkaitan: PPR Terbakar, Dua Beranak Ditemui Ma*t Dalam Tandas

Artikel berkaitan: Wanita Terima 5 Jahitan Lepas Penghuni PPR Campak Basikal Dari Tingkat 12

Beliau berkata, pasukan Task Force dari Balai Polis Salak Selatan Baru telah digerakkan ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan lanjut.

“Remaja berkenaan bersama ibu bapanya turut hadir ke balai polis untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan,” katanya.

Tambahnya, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut.

Terdahulu, tular di media sosial satu video berdurasi kira-kira 34 saat yang memaparkan seorang remaja lelaki mengambil seketul bata sebelum membalingnya ke aras bawah dari laluan perumahan.

Sumber: Malaysia Gazette

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.