Baru-baru ini tular gambar resit pesanan makanan di sebuah restoran makanan segera yang tertera perkataan menghina agama Islam dan kaum Melayu.
Difahamkan, perkataan menghina Islam itu ditulis oleh pelanggan yang membuat pesanan itu di bahagian catatan atau remarks.
Memetik laporan Astro AWANI, kes tersebut sedang disiasat oleh pihak polis kerana polis telah pun membuka kertas siasatan berhubung kejadian tersebut.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Tarik & Tepuk Bahu Penjual Teh, Netizen Tak Puas Hati Dengan Sikap Gus Miftah
Artikel berkaitan: “Saya okey, saya sudah biasa” – Penjual ‘Es Teh’ Tersinggung Dengan Gus Miftah Tapi Masih Tenang
Dalam resit pesanan makanan itu, dapat dilihat bahawa pesanan tersebut dibuat pada 19 Disember lalu.
Bahagian remarks pada resit itu pula tertera perkataan seperti ‘stupid Islam’ dan ‘stupid Malayu Islam’.
Difahamkan, kejadian berlaku di tiga daerah berbeza di Johor iaitu di Batu Pahat, Kluang dan Muar.
Meskipun berlaku di tiga daerah yang berbeza, namun pihak polis percaya kejadian itu dilakukan oleh individu yang sama.
Pihak polis juga sedang giat mengesan suspek yang bertindak sedemikian.
Sumber: Astro AWANI