in

Polis Siasat Kes Resit Pesanan Ada Perkataan Hina Islam

Resit Pesanan Makanan Tular

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular di media sosial tentang satu resit pesanan makanan sebuah restoran makanan segera yang tertera ayat menghina agama Islam pada bahagian remarks di resit tersebut.

Perkara ini kemudiannya telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan umat Islam di negara ini.


Memetik laporan Sinar Harian, difahamkan, resit pesanan makanan itu merupakan resit pesanan makanan di sebuah restoran makanan segera dan pesanan itu telah dibuat oleh seorang individu menerusi dalam talian melalui laman web syarikat itu.

Kini, kes tersebut sedang disiasat oleh pihak polis.

Artikel Berkaitan: “Satu penghinaan” – Pendakwah Tegur Individu Pasang Lagu ‘Jedag Jedug’ Ketika Live Baca Al-Quran

Artikel berkaitan: “Siap naik langit..” – Individu Guna Platform TikTok ‘Live’ Sebar Ajaran Sesat

Dapat dilihat pada bahagian resit tersebut juga tertera maklumat individu yang membuat pesanan tersebut beserta alamatnya.

12 1

Walau bagaimanapun, setelah disoal siasat, individu tersebut menafikan bahawa pesanan itu dibuat olehnya.

Individu terbabit mendakwa bahawa butiran peribadinya telah disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan dia turut mendakwa bahawa laman web pesanan restoran tersebut tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan pengguna untuk membuat pesanan secara dalam talian.

Kes kini disiasat oleh pihak polis di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan Serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Sumber: Sinar Harian

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.