in

Polis Siasat Kes Penyebaran Maklumat Dari ‘Edisi Siasat’ Pasal Kes Bunuh Zayn Rayyan

Ft Polis Edisi Siasatan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak petang semalam, maklumat yang dikatakan ‘info dalaman’ mengenai pembunuhan kes kanak-kanak austime Zayn Rayyan Abdul Matiin, cerita itu dilihat ‘meliar’ ke mana-mana paltform media sosial.


Dalam foto tersebut, diceritakan kronologi bagaimana kes kejadian tersebut boleh berlaku dan diceritakan secara terperinci bagaimana suspek berselindung.  Foto cerita itu datang daripada satu saluran Telegram iaitu Edisi Siasat.

Artikel berkaitan : Laporan ‘Edisi Siasat’ Tular, Peguam Pertimbang Perlindungan Polis Tambahan Untuk Ibu Bapa Zayn Rayyan

Artikel berkaitan : “Harap semua berhenti berspekulasi” – Misteri Kematian Zayn Rayyan Hanya Akan Terungkai Ketika Perbicaraan 

Susulan itu, pihak polis akan membuat siasatan terhadap pihak yang menyebarkan maklumat tersebut.  Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya juga akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan mereka yang terlibat.

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.”

“Ini adalah tindakan tidak bertanggungjawab oleh sesiapa sahaja yang kita kesan kemudian, kerana dia boleh mengganggu perjalanan perbicaraan itu.”

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu.” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Screenshot 2024 06 14 134328

Beliau turut menegaskan perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu. Bahkan ia juga memberi impak kepada semua pihak termasuk pendakwaan, pembelaan dan keluarga.

Berkenaan kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa, siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai sejurus sahaja pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.”

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian.

“Saya rasa dengan pertuduhan 31 (1) itu pihak JKM melihat ini pandangan saya ya, melihat akan perlunya mereka menilai kedudukan anak yang kedua itu. Itu adalah tanggungjawab undang-undang dan moral daripada pihak JKM.”

Mesti ramai yang dah baca kan? Apapun, kita hanya tunggu pengesahan daripada polis sahaja.

Sumber : Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.