in

Polis Siasat Kes Bekas Isteri & Isteri Pempengaruh Bergaduh

ft polis pempengaruh isteri bekas isteri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pihak polis telah menerima laporan berkaitan dengan isu perselisihan faham yang membabitkan isteri kepada seorang pempengaruh dengan bekas isteri yang menyebabkan kecederaan dalam kejadian yang berlaku di sebuah rumah yang terletak di Taman Melawati, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan daripada pengadu yang juga merupakan isteri kepada pempengaruh itu pada hari yang sama.


Artikel berkaitan : “Aku nak kutip barang aku jela bibik” – Cik Epal Tayang Kesan Calar Di Muka

Artikel berkaitan : Jofliam Sah Bergelar Suami Kepada Emira Delyati Dewi

Tambahnya lagi, kejadian itu dikatakan berlaku kira-kira jam 3.15 petang setelah suami pengadu memberikan keizinan kepada bekas isterinya untuk megambil barang-barang lama yang masih ada di rumah tersebut.

Screenshot 2025 04 30 170302

“Suami pengadu juga telah menetapkan syarat hanya berada di tingkat bawah sahaja dan tidak boleh naik di tingkat satu dan tingkat dua.”

“Bagaimanapun, bekas isteri pengadu telah naik ke tingkat satu menyebabkan pengadu cuba menghalang.”

Jelas beliau lagi, disebabkan kejadian itu, berlaku pergelutan di antara pengadu dan bekas isteri pempengaruh tersebut sambil disaksikan oleh kakak ipar dan adik ipar wanita itu.

Katanya, kedua-dua belah pihak telah membuat laporan polis pada Isnin lalu dan siasatan kini telah dijalankan terhadap kedua-dua laporan itu. Disebabkan kejadian itu juga, kedua-dua belah pihak mendakwa mengalami kecederaan ringan.

Screenshot 2025 04 30 170409

“Tiada sebarang tangkapan dan rampasan dilakukan dan kes disiasat bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mencederakan orang dengan sengaja tanpa senjata.”

Sebelum ini, tular video pertengkaran antara Cik Epal dan bekas suaminya, Jofliam serta isteri baharunya, Dewi.

Sumber : Utusan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.