Pemandu bas persiaran yang terlibat dalam kemalangan hingga mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding awal pagi Isnin memiliki 18 rekod saman.
Perkara itu disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.
Artikel berkaitan: “Brek bas tak berfungsi” – Pemandu Mohon Maaf Kepada Keluarga Mangsa & Pelajar UPSI
Artikel berkaitan: Nahas Bas Pelajar UPSI: Penumpang Dakwa Bas Bau Hangit, Gerak Laju & Terhuyung-hayang
Ada rekod 18 saman
Katanya, daripada 18 saman itu, sebanyak 13 saman dikeluarkan atas kesalahan memandu laju, satu kesalahan kemalangan, tiga kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar dan satu kesalahan tiada lampu brek ketiga.
“Semua 18 saman itu masih belum diselesaikan lagi,” katanya.
Malah, siasatan juga mendapati bas yang terlibat turut mempunyai rekod sebanyak 21 saman dikeluarkan atas kesalahan trafik.
“Bagaimanapun rekod saman ke atas bas terbabit 16 sudah dijatuhkan hukum manakala baki lima saman masih dalam siasatan,” katanya.
Sementara itu, polis memaklumkan pihaknya kini sedang melengkapkan kertas siasatan untuk mendakwa pemandu bas terbabit di mahkamah.
“Kita akan menyiasat dalam pelbagai sudut dari segi rekod (kesalahan), latar belakang, kegiatan dan kerjaya dia sebelum ini, kita akan siasat semuanya,” katanya.
Terdahulu, syarikat bas menjelaskan bas milik mereka yang terbabit dalam kemalangan itu dalam keadaan baik.
Menurut pegawai operasinya, bas berkenaan baru selesai diselenggara pada bulan lalu dan tidak mempunyai sebarang masalah.
Sumber: Harian Metro