in

Polis Kini Buru Suspek Pecahkan Cermin Kereta Safiq Rahim

Ft Safiq Rahim Jdt

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Polis kini giat mengesan suspek pecahkan cermin kereta bekas ketua pasukan skuad kebangsaan, Safiq Rahim yang dilaporkan berlaku di pusat Latihan Johor Darul Ta’zim (JDT), di Jalan Sri Gelam, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan dan usaha mengesan suspek kini sedang dilakukan.


Artikel berkaitan : ⁠Target Pukul Kaki, Akhyar Rashid Diserang Penyamun Di Terengganu

Artikel berkaitan : Pelaku Guna Asid Sulfurik Pekat Punca Faisal Halim Melecur Tahap 4

“Siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan. Polis sedang mengesan suspek yang terbabit. Kenyataan akan dikeluarkan selepas siasatan selesai.”

Sebelum ini Safiq ada memuat naik gambar cermin belakang kereta jenis Honda City Hatchback miliknya yang telah dipecahkan oleh 2 orang individu yang tidak dikenali.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Safiq Rahim (@sportsrevobysafiqrahim)

Dalam laporan polis yang dimuat naik menerusi Instagram miliknya, beliau pada masa itu sedang memandu ke arah Pantai Lido, selepas mengambil barangnya di pusat latihan berkenaan kira-kira jam 10.05 malam tadi.

“Ketika sedang memandu, tiba-tiba datang sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki sebelum pembonceng motosikal mengeluarkan sebatang tukul dan mengetuk bahagian cermin belakang kereta saya.”

“Saya terkejut dan memberhentikan kereta sebelum dua lelaki itu berhenti di hadapan kereta saya.”

“Dua lelaki itu kemudian menunjukkan tukul ke arah saya. Akibat risau, saya mengundurkan kereta dan beredar dari lokasi berkenaan.”

Untuk rekod, sebelum Safiq, Faisal Halim telah menjadi mangsa simbah asid tiga hari lalu, selepas Akhyar Rashid disamun dan diserang di kawasan perumahannya kira-kira seminggu lalu.

Sumber: Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.