in

Polis Kini Buru Suspek Dera Kanak-kanak Usia 2 Tahun Hingga Lebam & Berbirat

Ft Mangsa Dera

Berikutan dengan tularnya foto kes penderaan terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun di media sosial hari ini, polis kini dilaporkan sedang mengesan suspek yang dipercayai merupakan kekasih kepada ibu mangsa.

Menurut perkongsian wartawan Mohd Redzuan Abdul Manap, lelaki tersebut telah melarikan diri selepas kanak-kanak itu dihantar kepada keluarga ibu mangsa di Setapak semalam.

Fyfixfzacaebbir

Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Superintenden D Saralathan berkata, panggilan mengenai kes yang berlaku di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Setapak itu diterima Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju kira-kira jam 5.05 petang, semalam.

Menurutnya, tindakan lelaki itu mengakibatkan kanak-kanak perempuan itu mengalami bengkak di bibir, lebam mata kiri dan kanan serta bahagian belakang badan, lapor Sinar Harian.

“Mangsa kini sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur untuk pemantauan.”

Fyfixfcakaat8Zn

Jelasnya lagi, siasatan mendapati bahawa mangsa selalu dipukul atas alasan membuat bising. Bagaimanpun, ketika kejadian berlaku lelaki terbabit telah bertindak melampaui batas dan ibu mangsa cuba menghalang namun tidak berdaya sebelum lelaki terbabit terus melarikan diri.

“Pihak polis masih mempergiatkan usaha bagi mengesan lelaki terbabit untuk siasatan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.”

Beliau juga menggesa orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes ini boleh menghubungi IPD Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Baca : Marah Buat Bising, Lelaki Didakwa Pukul & Tampar Anak Teman Wanita Hingga Lebam

Lelaki Dera Anak Teman Wanita Hingga Lebam Sebab Bising 728X383 1