in

Polis Jumpa Lebih 1,000 Janin Dalam Plastik & Dibekukan, Bila Tangkap Pelaku Rupanya Ada ‘Plot Twist’

Ft Freezejanin

Hasil maklumat daripada orang awam tentang aktiviti mencurigakan satu kumpulan yang dilihat membawa beg berwarna hitam, polis di daerah Ha Dong, Hanoi, Vietnam telah menemukan lebih 1,000 janin yang dibekukan di sebuah apartmen.

Berdasarkan laporan, sebelum melakukan serbuan itu pihak polis telah memerhatikan gerak geri kumpulan terbabit. Selepas menyerbu apartmen itu, polis menemukan dua buah peti sejuk beku yang dipenuhi dengan beg plastik.

Janin1

Susulan serbuan itu, empat individu telah ditahan pihak polis dan ketika itulah mereka dimaklumkan bahawa kesemua beg itu mengandungi janin manusia. Selepas siasatan dijalankan, ternyata rupa-rupanya tujuan kumpulan terbabit menyimpan janin itu adalah untuk mengebumikannya dengan cara yang betul.

Difahamkan, mereka ini akan mengutip janin-janin hasil proses pengguguran dari klinik atau tempat pembuangan sampah di sekitar bandar. Mereka kemudian akan mengaturkan pengebumian yang betul di daerah Thanh Oai dan daerah Soc Soc di Hanoi serta di wilayah Nam Dinh.

Janin3

Janin4

Bagaimanapun, disebabkan jarak antara tempat itu sangat jauh kumpulan berkenaan terpaksa menyimpan janin di dalam peti sejuk terlebih dahulu.

Meskipun polis menyatakan bahawa kes itu tidak berunsur jenayah namun pihak berkuasa tempatan pula berpendapat ianya menyebabkan masalah alam sekitar mengenai cara janin itu ditangani dan disimpan.

Buat sementara waktu, janin dan peti sejuk beku yang dirampas kini ditempatkan di rumah pengebumian daerah sehingga siasatan selesai. Untuk rekod, Vietnam adalah antara negara yang mencatatkan kadar pengguguran janin tertinggi di dunia.

Janin2

Menurut Jabatan Ibu dan Kanak-kanak di bawah Kementerian Kesihatan, sebanyak 14 kes pengguguran janin berlaku dalam setiap 100 kelahiran pada 2018.

Hubungan seksual di luar pernikahan juga masih dianggap tabu di sana dan hal itu menyebabkan wanita berdepan dengan kecaman masyarakat jika mendapat tahu mereka hamil tanpa ikatan perkahwinan yang sah.

Baca: “Kalau kau gugurkan sekarang, kita still boleh bersama & ada baby lain” – Anak & Ibu “Sama Naik’ Desak GF Gugurkan Kandungan

Bayi3

Sumber: eva.vn
Sumber: China Press
Sumber: China Press
Sumber: China Press