Sejak minggu lepas, hangat diperkatakan mengenai dakwaan kakak ipar Kim Seri, yang mengatakan adiknya iaitu bekas suami kepada pempengaruh itu telah ditahan pihak polis.
Susulan itu, Polis Johor telah mengesahkan yang mereka telah membuka lapan kertas siasatan terhadap bekas suami Kim Seri atas dakwaan menerima bayaran mangsa yang terpedaya pakej pelancongan ke Korea Selatan.
Suspek merupakan pemilik akaun kepada syarikat Cikgu Kimchi Trading yang telah digunakan untuk menerima bayaran daripada mangsa-mangsa.
“Lapan kertas siasatan telah dibuka melibatkan pengadu dari Johor Bahru, Iskandar Puteri, Bandar Seri Alam, Kota Tinggi, Muar serta Kluang,” katanya dalam satu kenyataan.
Artikel berkaitan: “Saya tak mahu londeh aib” – Kim Seri Beri Respon Susulan Bekas Suami Didakwa Ditahan Atas Kes Melibatkan Dirinya
Artikel berkaitan: “Seri kena bertanggungjawab” – Bekas Suami Kim Seri Dipercayai Ditahan Polis, Kakak Dakwa Adik Dianiaya Pempengaruh
Menurut Kumar, kertas siasatan yang telah dilengkapkan akan dikemukakan ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya dan siasatan sama akan dijalankan polis kontinjen negeri lain.
Dalam pada itu, polis juga dijangka mengeluarkan kenyataan berhubung penahanan itu tidak lama lagi.
Terdahulu, kontroversi itu mula tercetus selepas beberapa pelanggan mendakwa mereka ditipu untuk membeli pakej pelancongan lima hari ke Seoul yang berharga RM4,000 setiap satu.
Mangsa mendakwa bahawa selepas pembayaran, mereka tak menerima perkhidmatan yang dijanjikan mahupun bayaran balik.
Difahamkan 24 laporan telah dibuat terhadap pempengaruh berkenaan, dengan jumlah kerugian menghampiri RM500,000.
Sumber: Harian Metro