in

Polis Cari Individu Buang Ayat Suci Al-Quran Dekat Tempat Sampah

ft orang buang ayat suci

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Polis sedang memburu individu yang membuang hiasan dinding ayat suci al-Quran di sebuah kawasan perindustrian Nilai, Negeri Sembilan.

Buang dekat tempat sampah


Screenshot 2022 12 28 160611

Pemangku Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Deputi Superintendan Mat Ghani Lateh berkata, pihaknya menerima laporan pada Selasa (27 Disember 2022) dan hiasan itu ditemui di Kawasan Perindustrian Arab Malaysia.

“Kami menerima laporan daripada Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan kira-kira jam 6.45 petang dan menemui hiasan di situ.”

“Siasatan telah dimulakan dan sedang kami sedang mengesan mereka yang bertanggungjawab.”

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana memudaratkan pengekalan keharmonian atau perpaduan, atas alasan agama di mana boleh dipenjara antara 2 hingga 5 tahun jika sabit kesalahan.

Menerusi The Star, Mat Ghani turut berkata bahawa selepas berbincang dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri dan Majlis Bandaraya Seremban, diputuskan bahawa hiasan itu akan dihantar ke Pusat Dakwah Islam Paroi untuk dilupuskan dengan sempurna.

 

Cara betul lupuskan ayat suci al-Quran

51650876245 MuftiKelantanDatu

Sekadar info untuk dikongsikan, sebenarnya ada beberapa kaedah yang betul jika ingin melupuskan ayat suci al-Quran seandainya tidak digunakan seperti rosak atau lain-lain.

Menerusi Sinar Harian, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menjelaskan terdapat beberapa kaedah untuk melupuskannya, antaranya ialah rendam dalam air atau pembakaran.

“Dakwat al-Quran yang digunakan tidak kekal. Jadi, apabila direndam di dalam air, tulisan ayat al-Quran itu boleh tanggal.”

“Namun, pembakaran yang menjamin kehormatan al-Quran agar ia tidak dicemari. Antaranya ialah tempat pembakaran itu tertutup dan abunya tidak diterbangkan oleh angin.

“Kemudian, cara sesetengah pihak membentuk abu al-Quran menjadi kiub-kiub kecil dan dibawa ke laut untuk ditenggelamkan juga boleh dilaksanakannya.”

Selain itu, ada cara lain tapi agak sulit, di mana menanam abu di tempat yang tinggi agar bebas daripada dipijak atau laluan manusia.

“Ini agak sukar kerana mungkin perlu naik ke puncak bukit dan sebagainya.”

Jadi, orang lebih menggunakan pendekatan membakar helaian ayat suci tersebut.

“Sebelum dibakar, helaian al-Quran dipotong halus agar dapat dibakar hangus hingga menjadi abu. Abu itu kemudiannya ditenggelamkan di dasar laut. Bila abu masuk ke dalam air, ia akan larut. Maka, tiadalah (isu) orang hendak terlangkah dan sebagainya.”

Kaedah ini juga turut diperkatakan oleh seorang pendakwah,Ustaz Hadi Talhah dengan mengatakan bahawa caranya dibakar dan abunya dibuang ke laut.

Baca : Berang Tak Dapat Curi Tabung Surau, Pencuri Bakar Buku Agama Dan Selerakkan Al-Quran Dalam Surau

pagesurau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.