in

Polis Buru Individu Pukul Pemandu Lori Di Plaza Tol

5lori

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pihak polis kini giat memburu seorang lelaki yang dipercayai memukul seorang pemandu lori selepas berang kerana keretanya dibunyikan hon dalam kejadian di Plaza Tol Kempas, Lebuhraya Utara Selatan, Ahad lalu. Insiden tersebut yang berlaku kira-kira jam 2.30 petang turut dirakam dan tular di media sosial, memperlihatkan seorang lelaki bertindak agresif terhadap pemandu lori tersebut.

Screenshot 2025 06 15 at 10.48.45 AM

Memetik laporan Buletin TV3, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh memaklumkan bahawa pihaknya telah menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada jam 5.35 petang, hari yang sama. Menurutnya, laporan dibuat oleh mangsa yang berusia 31 tahun dan bekerja sebagai pemandu lori.


Berdasarkan siasatan awal, kejadian berlaku apabila pengadu membunyikan hon ke arah sebuah kereta Proton Wira yang berada di hadapannya kerana kenderaan itu tidak bergerak walaupun palang tol telah terbuka. Tindakan itu dipercayai mencetuskan kemarahan seorang lelaki yang duduk di tempat penumpang kereta terbabit.

Lelaki berkenaan keluar dari kenderaan dan meminta mangsa membuka pintu lori. Sebaik pintu dibuka, dia didakwa terus memukul muka dan kepala mangsa beberapa kali”

Mangsa kemudiannya bertindak mempertahankan diri dengan menendang suspek keluar dari lori tersebut.

Balveer menambah, kejadian tersebut berpunca daripada rasa tidak puas hati kerana dibunyikan hon. Akibat insiden itu, mangsa mengalami kesakitan di bahagian belakang kepala.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana bergaduh di tempat awam. Jika sabit kesalahan, individu terlibat boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan, denda maksimum RM1,000, atau kedua-duanya sekali.

Usaha sedang dijalankan untuk mengesan suspek yang terlibat dalam kejadian berkenaan.

 

Baca: Individu Buat Laporan Polis, Dakwa Dirinya Ditikam Kerabat Diraja Pahang

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.