in

Polis Berpangkat Lans Koperal Didakwa Curi Barang Kemas Dari Mayat Wanita

Syaz Ft 2024 11 22T160905.575

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, mendakwa seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal atas pertuduhan mencuri dua barangan kemas daripada jasad seorang wanita yang ditemukan meninggal dunia dalam kereta bulan lalu.

Tertuduh, Mohd Alifah Mohd Sapie, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret M S Arunjothy.


Mengikut pertuduhan, bapa lima anak itu didakwa mencuri seutas rantai leher dan tangan milik si mati bernama Nur Farhana Nisha Syazwan, 26, dalam sebuah kereta di tepi jalan Prima Setapak, Wangsa Maju pada jam 2.40 pagi, 1 Oktober lalu.

Artikel berkaitan: Didakwa Curi Barang Kemas & Wang RM10,000, PA Pelakon Wanita Terkenal Direman Polis

Artikel berkaitan: PDRM Siasat Kenderaan Polis Yang Mengiring VIP Rempuh Kenderaan Awam

Cats 24

Menurut laporan Harian Metro, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sebelum ini, Timbalan Pendakwa Raya Vivi’Asnita Zaina’Larifin tidak menawarkan jaminan berikutan ia adalah kesalahan tidak boleh dijamin.

Pun begitu, peguam Lavinia Raj yang mewakili tertuduh memohon jaminan dibenarkan berikutan mempunyai tanggungan lima anak masih kecil dan bersekolah berusia 12, 10, 8, 6 dan 2 tahun.

Mendengar hujah kedua-dua pihak, Arunjothy membenarkan jaminan RM3,500 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes pada 22 Januari depan.

Sebagai info, bapa mangsa, Syazwan Abddulah, 59 selepas urusan pengebumian jenazah selesai, dia mendapati barang kemas berupa rantai, loket serta gelang emas pemberian nenek serta kakaknya yang dipakai oleh anaknya itu hilang.

Susulan pendedahan itu, empat anggota polis ditahan dan kes itu juga mengundang kemarahan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain yang menyifatkan tindakan mencuri barang kemas daripada jasad seorang wanita yang sudah tidak bernyawa adalah tindakan tidak berperikemanusiaan.

Sumber: Harian Metro

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.