in

PMX Bakal Umum Kejutan Buat Rakyat Minggu Depan

PMX

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan bahawa satu penghargaan luar biasa bakal diumumkan kepada rakyat Malaysia seawal minggu hadapan.

Screenshot 2025 07 19 at 1.12.54 PM

Menurut beliau, Kementerian Kewangan kini sedang memperhalusi perkara itu agar pengumuman tersebut benar-benar memberikan manfaat yang maksimum kepada rakyat.


Saya akan cari jalan… sekarang setiap minggu pasukan Kementerian Kewangan sedang kaji apa yang boleh diumumkan dalam masa terdekat.

Dalam laporan Kosmo!, Anwar berkata kejutan itu akan dimaklumkan pada hari Isnin atau Selasa dengan dan akan membantu dalam menangani masalah rakyat.

Sebelum ini, tular satu hantaran bergambar dimuat naik Perdana Menteri bersama kementerian di bawah Kerajaan Madani dengan kapsyen misteri: “Akan datang… suatu penghargaan luar biasa untuk rakyat Malaysia.”

Artikel berkaitan: PMX Minta Penjelasan Putin Tentang Laporan Rusia Bertanggungjawab Tembak Jatuh MH17

Artikel berkaitan: “Pejuang perlu berani, bukan kurang ajar!” – Dr Akmal Saleh Selar Tindakan Mahasiswa B*kar Karikatur PMX

Screenshot 2025 07 19 at 1.12.19 PM

Hantaran tersebut mencetuskan pelbagai spekulasi dan rasa teruja dalam kalangan rakyat yang rata-rata tidak sabar menanti apakah bentuk penghargaan yang bakal diumumkan.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.