Sebentar tadi, Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin telah mengumumkan yang rakyat Malaysia dibenarkan untuk membuat aktiviti-aktiviti sukan outdoor bermula 4 Mei nanti.
Pun begitu, aktiviti sukan yang dibenarkan hanyalah yang tak melibatkan kontak rapat dengan orang lain seperti jogging, badminton, berbasikal, main tenis dan lain-lain akan dibenarkan asalkan orang ramai masih mengamalkan penjarakan sosial antara satu sama lain.
Ini bermakna, sukan yang memerlukan kontak rapat dan indoor seperti bola sepak, ragbi dan renang adalah tidak dibenarkan.
Ini bagi memastikan kita semua boleh kekal sihat disamping masih berhati-hati agar tiada outbreak baru selepas PKP dilonggarkan.
Baca: [TERKINI] Kerajaan Cadang Majikan Sediakan Waktu Kerja Anjal & Benarkan Kerja Dari Rumah – PM