in

PM Arahkan Khazanah Nasional Berhad Lakukan Audit Dalaman, Siasat Kerugian Pelaburan RM43.9 Juta

Khazanah Nasional Berhad

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Khazanah Nasional Berhad untuk melakukan audit dalaman bagi menyiasat permasalahan terkait kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta, baru-baru ini.

Dalam hantaran beliau di aplikasi X, Anwar menegaskan, ia selaras pengumumannya sebelum ini yang mengarahkan Jabatan Audit Negara (JAN) melakukan pengauditan terhadap 2,000 syarikat berkaitan kerajaan (GLC).


Artikel berkaitan: “Berhati-hati dengan fitnah yang disebarkan” – Vivy Yusof Respon Isu Khazanah & PNB Rugi RM43.9 Juta

Artikel berkaitan: SPRM Buka Siasatan Kerugian Pelaburan Lebih RM40 Juta FashionValet

Khazanah Nasional Berhad
Fashion valet

Katanya, arahan tegas itu adalah bagi mewujudkan sistem tadbir urus yang lebih baik, selain memastikan semua syarikat berkenaan memenuhi tuntutan tanggungjawab dan fungsi masing-masing.

Terdahulu, Anwar dalam ucapannya bertegas tidak akan menghalang dan masuk campur dalam siasatan terhadap pertubuhan peladang kebangsaan (NAFAS) dan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) oleh pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sebelum ini, SPRM dilaporkan telah menjalankan siasatan ke atas Khazanah Nasional dan PNB daripada pelaburan jutaan ringgit mereka dalam jenama fesyen tempatan Fashion Valet.

Sumber: Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.