Amatlah penting untuk seseorang pemimpin dalam ‘mendekatkan’ diri dengan rakyat, berinteraksi dengan pengikut di media sosial juga merupakan salah satu taktik untuk menambat hati mereka.
Semenjak bergelar Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang rajin melayan dan beriteraksi netizen di media sosial sebelum ini agak sibuk memandangkan tanggungjawab beliau kini sudah bertambah.
Oleh sebab itu, beliau malam tadi meluangkan sedikit masa untuk berinteraksi dengan mereka menerusi laman Twitter.
Tanggungjawab kian bertambah – tapi saya masih ikuti komen teman-teman di Twitterjaya.
Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) menyatakan bahawa dalam tweet tersebut bahawa ia berikutan dengan aduan daripada orang ramai yang menyatakan bahawa beliau jarang ‘muncul’ di Twitter. Oleh sebab itu, beliau membuka ruang untuk berinteraksi dengan orang ramai.
Ramai mengadu saya jarang jawab tweet. Tanggungjawab kian bertambah – tapi saya masih ikuti komen teman-teman di Twitterjaya. InshaAllah, saya akan cuba cari ruang dan balas tweet kawan-kawan semua.
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) December 3, 2022
Ada beberapa netizen yang yang bertanyakan soalan-soalan cepumas dan beliau dengan hati terbuka menjawab pertanyaan mereka.
Bagaimanapun, dalam banyak-banyak respon, ada satu perkara ini yang menarik perhatian warganet. Baru-baru ini, ramai pengguna Twitter mengeluh dengan harga ayam gunting yang kini semakin mahal.
Disebabkan itu, ada yang ambil kesempatan ini untuk meminta pertimbangan beliau untuk turunkan harga menu tersebut. Namun begitu, ini respon DSAI..
Ramai netizen terhibur dengan respon beliau, malah ada juga yang anggap bahawa ia adalah satu nasihat yang berguna.