Masih lagi hangat diperkatakan mengenai isu influencer TikTok terkenal yang juga seorang usahawan, View Chin, 33, didakwa telah berlaku curang terhadap isterinya, Shermine Hau.
View Chin didakwa mempunyai hubungan sulit dengan stafnya sendiri yang dikenali sebagai Mira dan mesej perbualan mereka juga sudah tersebar ke media sosial.
Namun menerusi satu temubual eksklusif bersama China Press, View Chin mendedahkan yang memang benar dia telah memukul isterinya tetapi dia juga mendakwa wanita tersebut sebenarnya curang terlebih dahulu. Aik biar betul?
“Saya tak curang, dia yang curang”
Ketika ditemubual, View Chin dikatakan tidak dapat menahan air mata kerana terkesan dengan tindakan Shermine yang mengkhianati keluarga dan anak-anak mereka.
Dia juga katanya berasa sedih dan terpaksa menamatkan hubungan yang dibina sejak lapan tahun dahulu akibat kecurangan bekas isterinya itu.
Saya tak curang, tetapi dia yang curang dan kami telah bercerai!” katanya.
Menurut influencer tersebut lagi, dia dan Shermine pada awalnya berkenalan menerusi platform mencari jodoh pada sembilan tahun lepas sebelum menjalinkan hubungan. Selepas isterinya hamil, mereka membuat keputusan untuk berkahwin.
View Chin kemudian menjalankan perniagaan menjual pakaian secara online di media sosial dan Shermine juga katanya turut bekerja dengannya serta sentiasa memberikan sokongan terhadapnya.
Pun begitu, dia juga mendakwa isterinya gemar ke kelab malam saat dia sibuk menguruskan hal perniagaan, namun dia tidak menghalang dan membenarkannya.
Jumpa mesej lelaki lain dalam handphone
Namun semuanya dikatakan berubah tiga tahun lalu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila dia mendapati ada lelaki yang tidak dikenali menghantar mesej kepada isterinya, “Baby, buat apa tu?”.
Bila ditanya mengenai mesej tersebut, Shermine katanya enggan mengaku dan disebabkan tidak mahu memanjangkan isu, View Chin telah memaafkan isterinya.
Walau bagaimanapun, pada 1 Ogos 2022 yang merupakan hari lahir Shermine, View Chin sekali mendapati isterinya menerima mesej daripada lelaki lain, “Happy Birthday, I love you”.
Isterinya kemudian dikatakan telah mengaku curang dengan View Chin kerana dia terlalu sibuk dengan kerja sehingga mengabaikannya.
Tak dapat terima perbuatan isteri, akhirnya bercerai
Disebabkan terkejut dengan pengakuan Shermine, View Chin katanya telah membuat keputusan untuk bercerai.
Dia juga katanya kecewa dengan situasi itu kerana telah berusaha keras bagi mencari rezeki menyara keluarga dan turut mengupah pembantu rumah untuk membantu isterinya menguruskan anak-anak serta kerja rumah supaya wanita itu tidak perlu bersusah payah.
View Chin juga percaya tindakan bekas isterinya mendedahkan hal curang itu adalah untuk memburukkan dan menjatuhkan imej dirinya serta syarikat.
Ushawan dengan pengikut 2.5 juta di TikTok ini juga dikatakan akan mengambil tindakan undang-undang jika ada pihak yang masih menularkan fitnah mengenai dirinya.
https://www.facebook.com/viewchin26/posts/765210268514976
Haih macam-macam ye. Min pun dah jadi confused siapa yang betul, siapa yang salah.
Baca: “Bagi saya masa” – View Chin Mohon Maaf, Dedah Ramai ‘Seller’ Minta Pulangkan Duit