Ingat lagi kes kanak-kanak mati sebab terpengaruh dengan Momo Challenge tahun lepas? Itu adalah salah satu daripada beberapa social media challenges yang disifatkan sangat berisiko untuk mengundang padah kepada mereka yang melakukannya.
Kali ni ada satu lagi challenge yang tengah viral di media sosial, dan ia dikenali sebagai Tripping Jump Challenge. Tak pasti kalau dah ada orang kita yang mula buat, tapi anda dinasihatkan agar tidak melakukannya kerana ia berupaya mendatangkan bukan saja kecederaan serius bahkan meragut nyawa anda.
Di Amerika Syarikat sebenarnya, dah ada beberapa kes kanak-kanak cedera akibat melakukan aksi dalam challenge tersebut.
Macam mana boleh cedera? Okay, seramai tiga orang diperlukan dalam challenge ini. Individu yang berada di tengah akan diprank kononnya perlu melompat setinggi mungkin, sementara dua lagi rakan di sebelahnya kemudian akan menyepak kaki individu tersebut.
Macam dalam video ni, dan challenge ni sebenarnya sedang hangat diperkatakan di luar negara ketika ini.
Antara kecederaan yang akan dihadapi adalah risiko kecederaan serius pada kepala, sekiranya bahagian itu terhentak dengan kuat di lantai sewaktu terjatuh. Dan kita semua tahu bahaya yang menanti sekiranya kepada terhentak dengan kuat ke atas konkrit, misalnya berlaku gegaran otak.
Menurut laporan Astro Awani, pakar perubatan berkata jika terkena impak yang besar ia secara tidak langsung boleh menyebabkan kematian otak. Nak ke jadi macam tu?
Selain itu, impak jatuh mengejut seperti itu juga boleh menyebabkan sakit belakang kronik dan kecederaan pada tulang serviks yang akhirnya akan membawa kepada lumpuh.
Dari elok-elok sihat, dah terpaksa menanggung sakit sepanjang hayat kan? Jadi, berpada-padalah bila nak bergurau dengan kawan dan jangan sekali-kali terjebak dalam buat challenge tak berfaedah macam ni.
Sila sebarkan kat kawan-kawan korang.